Monday, October 26, 2009

AL-MUTLAQ DAN AL-MUQAYYAD

AL-MUTLAQ DAN AL-MUQAYYAD

Pendahuluan

Jumhur ulama menetapkan setiap mukallaf mestilah mengikuti dan beramal dengan penetapan hukum yang dibawa melalui lafaz yang berbentuk mutlak selagi tidak ada dalil atau nas menyebabkan ia menjadi muqayyad atau hukum tersebut menjadi muqayyad. Dalam keadaan lain juga, jumhur ulama menetapkan mukallaf mestilah beramal dengan penetapan hukum yang dibawa melaui nas dan lafaz yang muqayyad dan tidak boleh merubahnya selagi tidak terdapat dalil yang merubahnya.

Adalah baik jika kita lihat terlebih dahulu takrif dan dalalah mutlaq dan muqayyad untuk memahami dengan lebih jelas konsep al-Mutlaq dan al-Muqayyad ini.

Takrif Al-Mutlaq

Al-Mutlaq ialah lafaz yang menunjukkan kepada suatu individu atau beberapa individu yang banyak dan tidak dikaitkan dengan satu qayd yang banyak. Contohnya lelaki, buku, dan pelajar merupakan lafaz-lafaz yang tidak diketahui jenisnya. Ia juga adalah lafaz yang menunjukkan kepada sesuatu makna atau beberapa makna secara menyeluruh dan tidak disertai oleh perkataan yang menunjukkan hubungannya dengan mana-mana sifat.

( Abbas Mutawalli 1968 : 413 ) Allah S.W.T berfirman :

tûïÏ%©!$#ur tbrãÎg»sàム`ÏB öNÍkɲ!$|¡ÎpS §NèO tbrߊqãètƒ $yJÏ9 (#qä9$s% ㍃̍óstGsù 7pt7s%u `ÏiB È@ö6s% br& $¢!$yJtFtƒ 4 ö/ä3Ï9ºsŒ šcqÝàtãqè? ¾ÏmÎ/ 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ׎Î7yz ÇÌÈ

Maksudnya: dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). dan ( ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. ( al-Mujadalah 58: 3 )

Perkataan raqabah dalam ayat di atas adalah mutlaq, kerana ia tidak diqaydkan dengan mukmin atau kafir. Maka ia menerangkan bahawa wajib memerdekakan mana-mana hamba sama ada mu’min atau kafir. ( Abd. Latif Muda 1997 : 176 )

Hukum Dan Dalalah Lafaz Mutlaq

Apabila lafaz mutlaq didapati di dalam sesuatu nas dan ia tidak dikaitkan dengan mana-mana sifat di dalam nas yang lain, maka maknanya hendaklah ditafsirkan menurut itlaqnya serta ia tidak boleh diqaydkan dengan mana-mana sifat, kecuali terdapat dalil yang menunjukkan kaitannya. ( Abd. Latif Muda 1997 : 177 ) Antara contohnya ialah:

i. Contoh lafaz mutlak yang tidak mempunyai dalil yang menunjukkan kaitannya dengan mana-mana sifat ialah lafaz ayyam. Dalam firman Allah S.W.T :

$YB$­ƒr& ;NºyŠrß÷è¨B 4 `yJsù šc%x. Nä3ZÏB $³ÒƒÍ£D ÷rr& 4n?tã 9xÿy ×o£Ïèsù ô`ÏiB BQ$­ƒr& tyzé& 4

Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; (al-Baqarah 2: 184)

Lafaz ayyam disebut secara mutlak tanpa mengqaydkannya dengan sifat ‘berturut-turut’ dan ia juga tidak pernah disebut di dalam nas-nas lain secara berkaitan serta tidak ada suatu dalil pun yang menunjukkan perkaitan tersebut. Lantaran itu, maknanya hendaklah ditafsirkan menurut itlaqnya, iaitu barang siapa yang berbuka puasa kerana sakit atau musafir, tidak diwajibkan mengqadha’ puasanya secara berturut-turut, tetapi sebaliknya ia hanya diwajibkan mengqadha’ puasanya sama ada secara berturut-turut ataupun tidak. ( Abd. Latif Muda 1997 : 177 )

ii. Contoh lafaz mutlaq yang mempunyai dalil yang menunjukkan perkaitannya, ialah lafaz wasiat di dalam firman Allah S.W.T :

.`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur ÓÅ»qム!$pkÍ5 ÷rr& AûøïyŠ 3 4

Maksudnya: … (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya…( al-Nisa’ 4: 11)

Lafaz wasiat dalam ayat di atas disebut secara itlaq tanpa dikaitkan dengan kadar tertentu. Walaubagaimanapun terdapat dalil yang menunjukkan perkaitannya dengan kadar 1/3, iaitu hadis yang menunjukkan bahawa Nabi melarang Sa’ad bin Waqas berwasiat lebih 1/3 sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W :

فالثلث والثلث كثير، إنك ان تدع ورثتك أغنياء خير من أن تدعهم عالة يتكففون الناس

فى يدهم. ( رواه البخري و مسلم )

Maksudnya : sepertiga. sepertiga adalah banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan waris engkau di dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka di dalam keadaan papa dan meminta-minta daripada orang ramai.

Oleh sebab itu, wasiat yang dikehendaki di dalam ayat tersebut adalah di dalam lingkungan sepertiga, disebabkan ada dalil menunjukkan demikian, iaitu tegahan Nabi tersebut menjadi hujah bahawa wasiat yang bersifat mutlaq dalam al-Quran tersebut diqaydkan dan dibatasi dengan berwasiat hanya 1/3 daripada harta sahaja paling banyak. Kesimpulannya, lafaz mutlaq mestilah berpegang menurut mutlaknya itu selagi tidak ada sebarang nas yang menunjukkan pembatasannya.

( Abd. Latif Muda 1997 : 178 )

Takrif Al-Muqayyad

Muqayyad merupakan lafaz yang diqaydkan dengan satu qayd yang berasingan yang akan mengurangkan jumlah qayd yang banyak. Lafaz ini juga menunjukkan kepada satu makna atau beberapa makna secara menyeluruh dengan disertai oleh perkataan yang menunjukkan kaitan dengan mana-mana sifat. Contohnya lelaki muslim.( ‘Abbas Mutawalli 1968 : 413 )

Sebagaimana firman Allah S.W.T :

`tBur Ÿ@tFs% $·YÏB÷sãB $\«sÜyz ㍃̍óstGsù 7pt7s%u 7poYÏB÷sB …..

Maksudnya: dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka

( wajiblah ia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman.

( al-Nisa 4: 92 )

Perkataan raqabah dalam ayat di atas adalah muqayyad dengan perkataan mu’minah. Maka ia menunjukkan bahawa wajib memerdekakan hamba mu’min. ( Abd. Latif Muda 1997 : 178 )

Hukum Dan Dalalah Lafaz Muqayyad

Apabila didapati satu lafaz disebut secara muqayyad di dalam satu-satu nas dan tidak pula disebut secara mutlak di dalam nas yang lain, maka maknanya hendaklah ditafsirkan menurut taqyidnya serta taqyidnya itu tidak harus dibatalkan, kecuali terdapat dalil yang menunjukkan demikian. ( Abd. Latif Muda 1997 : 179 )

Contohnya seperti berikut :

i. Contoh lafaz muqayyad yang tidak mempunyai dalil yang menunjukkan kepada

pembatalan taqyidnya. Sebagaimana firman Allah berkaitan kafarah zihar :

`yJsù óO©9 ôÅgs ãP$uÅÁsù Èûøïtöhx© Èû÷üyèÎ/$tGtFãB `ÏB È@ö6s% br& $¢!$yJtFtƒ (

Maksudnya: kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur…( al-Mujadalah 58: 4)

Pada ayat di atas, lafaz siyamu shahrain iaitu berpuasa 2 bulan diqaydkan dengan lafaz mutatabi’ain, iaitu berturut-turut dan mestilah dilaksanakan sebelum menghampiri isterinya yang diziharkan. Berpuasa untuk kafarah zihar selama 2 bulan dikira tidak sah apabila tidak ditunaikan secara berturut-turut. Begitu juga, puasa kafarah zihar tersebut dikira tidak sah jika dilaksanakan selepas menghampiri isteri yang diziharkan, walaupun dilakukan secara berturut-turut. Hal tersebut kerana nas datang dalam bentuk muqayyad.

( Abd. Latif Muda 1997 : 179 )

ii. Contoh lafaz muqayyad yang mempunyai dalil menunjukkan pembatalan taqyid. Contohnya lafaz rabaib iaitu anak-anak tiri.

Sebagaimana firman Allah S.W.T :

ôãNà6ç6Í´¯»t/uur ÓÉL»©9$# Îû Nà2Íqàfãm `ÏiB ãNä3ͬ!$|¡ÎpS ÓÉL»©9$# OçFù=yzyŠ £`ÎgÎ/ bÎ*sù öN©9 (#qçRqä3s? OçFù=yzyŠ ÆÎgÎ/ …..

Maksudnya:…dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; ( al-Nisa 4: 23 )

Lafaz rabaib, iaitu anak-anak tiri itu dihubungkan dengan pemeliharaaan, ibu dan terdapat dalil yang menunjukkan pembatalan hubungan tersebut. Iaitu firman Allah S.W.T dalam ayat yang sama :

ôbÎ*sù öN©9 (#qçRqä3s? OçFù=yzyŠ ÆÎgÎ/ Ÿxsù yy$oYã_ öNà6øn=tæ

Maksudnya: tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya )

(al-Nisa 4: 23 )

Ayat di atas menghalalkan perkahwinan bekas suami si ibu dengan anak-anak tiri, sekiranya ibu-ibu mereka belum disetubuhi. Jikalau syarat pengharaman tersebut adalah disebabkan oleh pemeliharaan suami, maka sudah tentu pengistinbatan Allah S.W.T yang menghalalkan perkahwinan tersebut tidak memadai dengan hanya menafikan persetubuhan sahaja. ( Abd. Latif Muda 1997 : 180 )

Disebabkan Allah S.W.T hanya menghalalkan perkahwinan bekas suami dengan anak-anak tirinya itu dengan menafikan persetubuhan sahaja, maka ia menunjukkan bahawa anak tiri yang berada dalam pemeliharaan si ibu bukanlah merupakan syarat pengharaman berkahwin dengan mereka ( anak tiri ). ( Abd. Latif Muda 1997 : 180)

Selepas melihat kepada takrif dan dalalah mutlaq dan muqayyad, seterusnya kita beralih pula kepada syarat-syarat bagi mutlaq.

Syarat-syarat mutlaq

Adapun lafaz-lafaz mutlaq mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Terdapat tiga syarat mutlaq iaitu:

  1. Shuyu’ (menyeluruh) : lafaz itu terpakai di antara individu-individu yang sama jenis dan adalah madlulnya yang tidak tertentu dan ada kebarangkalian individu itu lebih dari satu. Contohnya faras. Maka ia difahami ianya adalah satu jenis dari jenis-jenis faras ( kuda perang ). ( al-Ghazzaliyy 1322H: 103 )

  1. Tidak merangkumi : tidak terdapat qarinah yang menunjukkan ia merangkumi semua afradnya. ( al-Ghazzaliyy 1322H: 103 )

iii. Tidak boleh dikhususkan : tidak wujud qarinah yang menunjukkan ianya tidak dikhususkan pada sebahagian afradnya. ( al-Ghazzaliyy 1322H: 103 )

Contohnya ialah pada lafaz: ( فتحرير رقبة ) ia menunjukkan tuntutan membebaskan hamba dalam masalah zihar, tetapi tidak diqaydkan dengan bilangan hamba yang perlu dibebaskan dan tidak diberitahu hamba tersebut sama ada yang beriman ataupun tidak beriman.

PERBEZAAN ANTARA MUTLAQ DAN MUQAYYAD

Selepas melihat kepada takrif antara mutlaq dan muqayyad, dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan antara mutlaq dan muqayyad. Mutlaq ialah setiap yang menunjukkan kepada sesuatu hakikat tanpa ada perkara yang mengqaydkannya dan tidak melibatkan bilangan. Contohnya ialah lafaz ( فتحرير رقبة ) menunjukkan tuntutan membebaskan hamba dalam masalah zihar, tetapi tidak diqaydkan dengan bilangan hamba yang perlu dibebaskan dan juga tanpa diberitahu hamba tersebut sama ada yang beriman ataupun tidak beriman. ( Zuhayr t.th: 158 )

Muqayyad pula ialah setiap yang diqaydkan kepada sesuatu zat sama ada dengan sesuatu sifat atau keadaan atau diqaydkan dengan sesuatu syarat. Contoh muqayyad dengan sifat ialah (فتحرير رقبة مؤمنة) Ayat tersebut menunjukkan dituntut membebaskan hamba yang mu’min. Manakala muqayyad dengan syarat ialah dalam masalah kafarah sumpah ialah ( فمن لم يجد فصيام أيام dituntut berpuasa selama 3 hari. Contoh muqayyad dengan keadaan pula ialah ( ثم أتموا الصيام إلى الليل) Puasa diqaydkan hanya sehingga malam sahaja. Maka menunjukkan puasa itu tidak harus bersambung antara 1 hari dengan hari yang seterusnya.

( Zuhayr t.th: 158 )

PENTAFSIRAN NAS MUTLAQ BERDASARKAN NAS MUQAYYAD

Pentafsiran nas mutlaq berdasarkan nas muqayyad itu terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama ialah itlaq dan taqyid berkaitan dengan sebab hukum dan bahagian yang kedua ialah itlaq dan taqyid berkaitan dengan hukum itu sendiri.

  1. ITLAQ DAN TAQYID BERKAITAN DENGAN SEBAB HUKUM

Pada pandangan mazhab Hanafi, penafsiran mestilah dikekalkan mengikut penafsiran masing-masing. Ini bermakna itlaq dan muqayyad adalah terpakai. Ini bermakna, makna nas mutlak ditafsirkan dengan mutlaq dan makna nas muqayyad ditafsirkan dengan muqayyadلايحمل المطلق على المقيد . Manakala bagi pendapat jumhur pula, makna nas mutlaq iaitu lafaz umum ditafsirkan mengikut kehendak muqayyad iaitu lafaz khusus ‘حمل المطلق على المقيد’. ( Ismail Mahmud 2001: 164 )

Contohnya ialah dalam kefardhuan mengeluarkan zakat:

فرض النبي صلى الله عليه وسلم زكوة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير عن الحر والعبد والذكر والأنثى والصغير والكبير من المسلمين .

Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan satu gantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki mahupun wanita, dan kanak-kanak, mahupun orang tua dari kalangan orang-orang Islam ( Riwayat al-Khamsah)

Di dalam riwayat lain tidak disebutkan perkataan من المسلمين

Hukum di dalam kedua periwayatan tersebut hanya satu iaitu wajib mengeluarkan zakat. Perbezaannya berlaku dari segi sebab hukum iaitu orang yang menjadi tanggungan si pengeluar zakat fitrah. Satu riwayat menyebutkan sebab hukum secara muqayyad iaitu dari kalangan orang-orang Islam sementara riwayat yang kedua menyebutkan sebab hukum secara mutlaq iaitu tidak mensyaratkan dari kalangan orang-orang Islam. ( Ismail Mahmud 2001: 164 )

Bagi pandangan mazhab Hanafi mestilah kekal dengan pentafsiran masing-masing iaitu semua tangggungan mesti dikeluarkan zakat tanpa mengira muslim ataupun tidak. Ini kerana mereka tidak menerima prinsip ‘حمل المطلق على المقيد’ di dalam masalah ini. Mereka mengamalkan periwayatan pertama yang muqayyad dan periwayatan kedua yang mutlaq sekaligus. ( Wahbah al-Zuhayly 1986: 211 )

Jumhur ulama pula berpendapat zakat fitrah hanya wajib dikeluarkan oleh orang yang memberi nafkah terhadap orang tanggungannya yang muslim sahaja. Ini kerana mereka menerima prinsip حمل المطلق على المقيد’ dalam masalah ini. Justeru, kehendak periwayatan kedua (yang mutlaq) ditafsirkan oleh mereka berdasarkan kehendak periwayatan pertama (yang muqayyad) yang mensyaratkan sifat beragama Islam.

( Wahbah al-Zuhayly 1986: 211 )

رسول الله صلى الله عليه وسلم فرض زكوة الفطر صاعا تمر أو صاعا من شعير على كل حر وعبد صغير أو كبير .

Jumhur iaitu Maliki, Shafi’e dan Hanbali pula berpendapat nas mutlaq ditafsirkan mengikut kehendak nas muqayyad iaitu hanya tangggungan muslim sahaja yang perlu dibayar zakat. ( Wahbah al-Zuhayly 1986: 211 )

  1. ITLAQ DAN TAQYID BERKAITAN DENGAN HUKUM ITU SENDIRI

  1. Lafaz mutlaq dan muqayyad itu sama dari segi hukum dan sebab hukum. Jika hukum dan sebab hukumnya sama, maka ulama telah bersepakat bahawa ia hendaklah ditafsirkan mengikut nas muqayyad. ( Wahbah al-Zuhayly 1995: 208 ) Contoh ayat:

ôMtBÌhãm ãNä3øn=tæ èptGøŠyJø9$# ãP¤$!$#ur ãNøtm:ur ͍ƒÌYσø:$#

Maksudnya: diharamkan kepada kamu ( memakan ) bangkai ( binatang yang tidak disembelih ), dan darah ( yang keluar mengalir ), dan daging babi ( termasuk semuanya )

( al-Maidah 5: 3 )

@è% Hw ßÉ`r& Îû !$tB zÓÇrré& ¥n<Î) $·B§ptèC 4n?tã 5OÏã$sÛ ÿ¼çmßJyèôÜtƒ HwÎ) br& šcqä3tƒ ºptGøŠtB ÷rr& $YByŠ %·nqàÿó¡¨B ….

Maksudnya: katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati setiap yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, ( al-An’am: 145 )

Lafaz al-dam (darah) pada ayat pertama ialah lafaz mutlaq dan ia umum serta menunjukkan al-dam itu tidak dikaitkan dengan apa-apa dan lafaz yang kedua ialah lafaz muqayyad iaitu sama ada al-dam yang diharamkan itu mengalir ataupun tidak. Lafaz ini yang membataskan makna mutlaq tadi. Istinbat hukum makan al-dam ialah haram dan sebab hukum diharamkan ialah ia membawa kepada kemudharatan.

  1. Lafaz mutlaq dan muqayyad berbeza hukum dan sebabnya. Dalam hal ini ulama telah bersepakat bahawa lafaz bukan ditafsirkan kepada lafaz muqayyad. Ini bermakna penafsiran lafaz mutlaq itu kekal. ( Wahbah al-Zuhayly 1995: 208 ) Contoh ayat adalah seperti:

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ

Maksudnya: dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( al-Maidah 5: 38 )

$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä #sŒÎ) óOçFôJè% n<Î) Ío4qn=¢Á9$# (#qè=Å¡øî$$sù öNä3ydqã_ãr öNä3tƒÏ÷ƒr&ur n<Î) È,Ïù#tyJø9$#

Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, ( al-Maidah 5: 6 )

Dalam ayat pertama, lafaz aidiyahuma itu ialah lafaz yang mutlaq dan tidak ditetapkan sifat had tangan yang perlu dipotong. Manakala ayat kedua, waaidiyakum ialah lafaz muqayyad. Sebab pada dua ayat di atas adalah berbeza iaitu mencuri dan mengangkat hadas. Hukum juga adalah berbeza, pada ayat yang pertama iaitu memotong tangan pencuri dan pada ayat yang kedua ialah membasuh kedua tangan. Maka, tidak perlu mentafsirkan kepada muqayyad dan tidak boleh untuk menggunakan hukum kedua untuk membataskan hukum yang pertama.

  1. Nas mutlaq dan muqayyad berbeza dari segi hukum tetapi sama dari segi sebab hukum. Dalam masalah ini, sebahagian ulama bersepakat bahawa lafaz yang mutlaq tidak ditafsirkan menurut kehendak lafaz yang muqayyad. Sebaliknya, ia di tafsirkan mengikut lafaz mutlaq itu sendiri dan lafaz muqayyad kekal dengan pentafsirannya. ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 227 )

$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä #sŒÎ) óOçFôJè% n<Î) Ío4qn=¢Á9$# (#qè=Å¡øî$$sù öNä3ydqã_ãr öNä3tƒÏ÷ƒr&ur n<Î) È,Ïù#tyJø9$#

Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku. ( al-Maidah 5: 6 )

öNn=sù (#rßÅgrB [ä!$tB (#qßJ£JutFsù #YÏè|¹ $Y6ÍhŠsÛ (#qßs|¡øB$$sù öNà6Ïdqã_âqÎ/ Nä3ƒÏ÷ƒr&ur çm÷YÏiB 4

Maksudnya: sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka

hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu. . ( al-Maidah 5: 6 )

Pada ayat yang pertama, lafaz aidi ialah mutlaq tanpa dikaitkan dengan keadaannya sampai ke siku tetapi di dalam ayat kedua ia mutlaq tanpa dikaitkan dengan keadaannnya sampai ke siku. Hukum di dalam ayat kedua adalah berlainan kerana ayat pertama ialah wudhu’ sementara ayat kedua ialah tayammum, tetapi sebab hukum di dalam kedua-dua ayat tersebut sama iaitu berhadas atau untuk bersolat.

Terdapat perselisihan pendapat dalam menentukan had menyapu tangan dalam wudhu’. Menurut mazhab Imam Syafi’e dan Hanafi wajib menyapu tanah ke kedua tangan hinggga ke siku untuk tayammum. ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 227 )

Daripada hadis Ibn Umar:

التيمم ضربتان : ضربة للوجه , وضربة لليدين الى المرفقين

Maksudnya: tayammum ( terhasil ) dengan dua tepukan. Satu tepukan ( untuk disapukan ) pada muka dan satu tepukan ( untuk disapukan ) pada kedua tangan hingga ke siku. ( Riwayat al-Tabraniyy.)

Manakala menurut mazhab Maliki dan Hanbali had wajib sapuan tangan dalam tayammum ialah dua telapak tangan ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 227 )

Berdasarkan sabda Nabi S.A.W :

لأن النبي (ص) امر عمار بن ياسير بالتيمم في الوجه والكفين .

Maksudnya: Memadai bagi kamu dengan sekali tepukan untuk muka dan sekali lagi untuk kedua belah tangan. ( Riwayat al-Tabraniyy.)

Berdasarkan pendapat kedua iaitu Imam Maliki dan Hanbali, kita dapati dalam menentukan had sapuan kedua tangan di dalam tayammum mereka tidak bertindak mentafsirkan lafaz aidi di dalam ayat tayammum yang mutlaq dengan lafaz aidi di dalam ayat wudhu’ yang muqayyad. Sebaliknya mereka masing-masing merujuk kepada hadith sama ada hadith yang diriwayatkan melalui Ibn Umar atau melalui Ammar Zuhailyy. ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 227 )

  1. Nas mutlaq dan muqayyad sama dari segi hukum tetapi berbeza dari segi sebab hukum. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, hukum mutlaq kekal dengan tafsiran bersifat umum dan lafaz ayat muqayyad terbatas. Manakala menurut Imam Syafi’e dan Imam Ahmad, nas yang mutlaq ditafsirkan mengikut kehendak nas muqayyad. ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 227 )

Contohnya:

㍃̍óstGsù 7pt7s%u `ÏiB È@ö6s% br& $¢!$yJtFtƒ 4

Maksudnya: dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. ( al-Mujadalah 58: 3)

㍃̍óstGsù 7pt7s%u 7poYÏB÷sB

Maksudnya: dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman …( al-Nisa’ 4: 92 )

Lafaz raqabah di dalam ayat kafarah zihar datang dalam bentuk mutlaq sementara di dalam ayat kafarah membunuh dengan tidak sengaja dalam bentuk muqayyad iaitu diqaydkan dengan beriman. Hukum kedua ayat tersebut adalah sama iaitu memerdekakan hamba. Namun, sebab hukum di dalam kedua-dua ayat tersebut berbeza kerana ayat yang pertama sebabnya adalah zihar iaitu suami yang berzihar ingin kembali kepada isterinya, tetapi ayat kedua pula, sebabnya adalah membunuh dengan tidak sengaja.

Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Para ulama mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Maliki berkata, lafaz yang mutlaq tidak ditafsirkan mengikut kehendak lafaz yang muqayyad di dalam masalah ini. Sebaliknya lafaz yang mutlaq hendaklah ditafsirkan menurut kehendaknya yang mutlaq dan lafaz muqayyad menurut kehendaknya yang muqayyad. Justeru, dalam masalah ini mereka berpendapat kafarah membunuh dengan tidak sengaja ialah dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman sementara kafarah zihar ialah memerdekakan seorang hamba sama ada beriman atau tidak. ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 228 )

Mereka berhujah disebabkan ‘sebab hukum’ kedua-duanya berbeza dan percanggahan dianggap tidak berlaku. Selain itu mereka juga berhujah bahawa ketetapan memerdekakan hamba yang beriman di dalam masalah membunuh dengan sengaja adalah bersesuaian dengan kedudukannya sebagai jenayah yang besar yang mana ia memerlukan hukuman yang berat. Sementara hukuman memerdekakan seorang hamba tanpa disyariatkan beriman adalah bersesuaian dengan kesalahan berzihar yang bukanlah satu jenayah. ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 228 )

Para ulama mazhab al-Syafie, Hanbali dan sebahagian ulama mazhab Maliki berkata lafaz mutlaq hendaklah ditafsirkan menurut kehendak lafaz muqayyad di dalam masalah ini. Justeru itu, mereka berpendapat kafarah yang diwajibkan di dalam kedua-dua masalah tersebut adalah sama, iaitu memerdekakan seorang hamba yang beriman. Mereka berhujah bahawa persamaan hukum di dalam kedua-dua masalah ini memerlukan kepada pentafsiran yang mutlaq dengan yang muqayyad untuk mengelakkan berlaku percanggahan nas-nas dalam perkara yang sama. ( Abd al-Karim Zaidan 2009 : 228 )

KESIMPULAN

Sebahagian nas datang dalam bentuk yang mutlaq dan sebahagian lagi datang dalam bentuk yang muqayyad. Sebahagian dari nas yang mutlaq boleh ditaqyidkan berdasarkan nas yang muqayyad dan sebahagian lagi tidak boleh dilakukan sebegitu. Para ulama telah meletakkan beberapa pensyaratan yang membolehkan sesuatu nas yang mutlaq itu ditaqyidkan dengan nas yang muqayyad. Oleh kerana itu, seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan hukum-hakam jika hanya sekadar mengetahui mana nas yang mutlaq dan mana yang muqayyad tanpa mendalami persyaratan-persyaratan sebagaimana yang disebutkan sebelum ini.

0 comments: