Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, December 1, 2009

DALALAH AL QURAN

PENGENALAN

Al-Quran merupakan salah satu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad bagi memandu kehidupan manusia ke jalan kebenaran dan diredhai oleh Allah. Quran menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan Dr.Subhi Al Salih bererti “bacaan” yang berasal daripada perkataan qara’a. Kata Al-Quran itu berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul iaitu maq’ru(dibaca). (Tafsir Quran)

Al-Quran adalah salah satu sumber perundangan manusia yang disepakati. Hal ini demikian adalah kerana al-Quran adalah bersifat syumul dan di dalamnya terkandung pelbagai jenis hukum iaitu dari sudut akidah, akhlak dan amalan. Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran ini sangat cermat dan teliti, jelas dan terperinci yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kitab ini mempunyai mukjizat dari segi keindahan bahasa, isi kandungan dan dari segi ilmu. Hal ini terbukti apabila ayat-ayat yang terkandung di dalamnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk.

Penurunan al-Quran juga telah menasakhkan kitab-kitab samawi yang turun sebelumnya. Kedudukan al-Quran itu amat tinggi dan mulia disisi Allah. Firman Allah:
       
(Al-Zukhruf 43:4)
Maksudnya: Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam ibu suratan di sisi kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.

Al-Quran turut juga menjelaskan mengenai cara dan bentuk al-Quran menunjukkan hukum. Cara dan bentuk al-Quran menunjukkan dalam hukum adalah dalam dua keaadan iaitu, terdapat hukum yang di terima secara qat’iyy dan zanniyy.

Kesimpulannya al-Quran merupakan sumber perundangan yang pertama dalam menentukan hukum-hukum.


PENGERTIAN AL-QURAN


Al-Quran dapat diberikan dengan beberapa pengertian, antaranya ialah:

1) Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab, tidak boleh dicabar walaupun dengan surah yang paling pendek, ditulis pada mashaf, diriwayatkan secara mutawatir, membacanya adalah ibadat, dimulakan dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas.(Abdul Karim Zaidan 2009:119)

2) Al-Quran ialah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, ditulis dalam mashaf dan dipindahkan kepada kita secara mutawatir tanpa ada keraguan lagi.(Abdul Karim Zaidan 2009:119)

3) Al-Quran ialah lafaz di dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Al-Quran menjadi mukjizat kepada Baginda dan dipindahkan kepada umatnya secara mutawatir dan dikira ibadat apabila membacanya.(Abd. Latif Muda 1997:63)

4) Al-Quran ialah kalam Allah yang azali dan sekali gus berfungsi sebagai mukjizat untuk membuktikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad yang mana ia diturunkan kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril, yang ditulis di dalam mashaf, kemudiannya diriwayatkan secara mutawatir dan dikira ibadat apabila membacanya.(Abd. Latif Muda 1997:63)

5) Al-Quran ialah suatu lafaz yang boleh difahami, iaitu bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang dapat melemahkan musuhnya dengan sesuatu ayat dan surah yang terkandung dalamnya, yang dipindahkan dengan cara mutawatir dan sesiapa yang membacanya merupakan ibadat.(Abd Latif Muda 1997:63)

Sebagai rumusan daripada beberapa pengertian seperti yang dinyatakan di atas, al-Quran boleh didefinisikan sebagai lafaz dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril, menjadi mukjizat kepada Baginda, dipindahkan secara mutawatir, dikira ibadat apabila membacanya, bermula dari surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas.

CIRI-CIRI AL-QURAN

Berdasarkan takrif yang dinyatakan sebelum ini, maka dapat disimpulkan bahawa al-Quran mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan kitab-kitab yang lain. Antara ciri-ciri al-Quran ialah:

i. Lafaz dan makna al-Quran datang daripada Allah, manakala Rasul adalah sebagai penyampai lafaznya dalam bahasa Arab Fusha.(Mohd Nasran Mohamad 2001:78)

ii. Ia dipindahkan (diriwayatkan) secara mutawatir. Oleh kerana periwayatan-periwayatan sebagai al-Quran, tetapi bilangan perawinya sedikit tidak dianggap sebagai al-Quran, sebaliknya ia dianggap sebagai riwayat yang shadh. (Mohd. Nasran Mohamad 2001:78)

iii. Ia sampai kepada kita tanpa berkurangan atau bertambah kandungannya, kerana Allah telah menjamin akan memeliharanya, seperti firman Allah : (Mohd Nasran Mohamad 2001:78)


  •     
(Al-Hijr 15:9)
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


iv. Ia mengandungi mukjizat. Maksudnya, semua makhluk tidak akan dapat membuat ayat-ayat seumpama al-Quran. (Mohd Nasran Mohamad 2001:79)



KEHUJAHAN AL-QURAN

Pada zaman Rasulullah s.a.w. , Baginda menyelesaikan sesuatu masalah dan menjatuhkan ketetapan hukum melalui wahyu sama ada dalam bentuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Baginda atau ketetapan yang ditentukan oleh Allah serta melalui ijtihad dan dibetulkan oleh al-Quran seandainya ada ijtihad yang dilakukan oleh Baginda kurang tepat. (Abd Latif Muda 1997 : 67)

Kedudukan dan peranan al-Quran dalam perundangan merupakan sumber pertama dalam penetapan hukum yang disampaikan kepada kita secara mutawatir. Oleh itu, al-Quran juga merupakan wahyu yang mengandungi pengajaran dan petunjuk kepada manusia. (Abd Latif Muda 1997 : 67)

Firman Allah :
•            •    
( Al-Isra’ 17 : 9)
Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Penerimaan al-Quran sebagai hujah sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Hal ini demikian adalah kerana al-Quran diturunkan secara mutawatir iaitu, diriwayatkan oleh ramai perawi yang mustahil mereka berpakat untuk berdusta. Selain itu, akal manusia juga tidak dapat menolak dan menafikan kebenaran yang di sampaikan dan yang terkandung di dalam al-Quran.

Penerimaan al-Quran sebagai hujah sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Hal ini demikian adalah kerana al-Quran diturunkan secara mutawatir iaitu, diriwayatkan oleh ramai perawi yang mustahil mereka berpakat untuk berdusta. Selain itu, akal manusia juga tidak dapat menolak dan menafikan kebenaran yang di sampaikan dan yang terkandung di dalam al-Quran.

Para ulama juga telah bersepakat bahawa al-Quran adalah hujah dan beramal dengannya adalah wajib. Oleh itu, tidak boleh menggunakan dalil yang lain selain dalil al-i kecuali tidak terdapat di dalamnya setelah dicari. Hal ini demikian kerana al-Quran datangnya daripada Allah s.w.t. , dan diturunkan melalui perantaraan Jibril. Al-Quran juga merupakan satu mukjizat, iaitu ayat-ayat yang terkandung di dalamnya tidak boleh ditandingi oleh mana-mana makhluk. Diantara syarat-syarat mukjizat al-Quran ialah :

i) Melontar cabaran, firman Allah :
     •               
Maksudnya : Dan jika kamu tetap dalam keraguan tentang al-Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad) buatlah satu surah sahaja yang menyamai al-Quran dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

ii) Wujudnya asas untuk mencabar, iaitu nabi memberitahu bahawa agama selain daripada agama Islam adalah terbatal.

iii) Tiada halangan untuk dicabar. Hal ini demikian adalah kerana bahasa Arab adalah amat difahami dan dapat dikuasai dengan baik oleh pihak Quraisy.

Dapatlah disimpulkan bahawa mukjizat al-Quran telah membuktikan bahawa al-Quran merupakan sumber utama dalam pengeluaran sumber-sumber hukum dan ayat-ayat yang terkandung di dalamnya adalah hujah.

BENTUK I’JAZ AL-QURAN

Faktor terpenting tentang kehujahan al-Quran ialah bersifat i’jaz. Mukjizat al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya mukjizat dari segi bahasa, isi kandungan dan dari segi ilmu.

Al-Quran mempunyai berbagai mukjizat. Antara mukjizat al-Quran ialah sentiasa dijamin oleh Allah daripada ditokok tambah atau dikurangkan kandungan di dalamnya untuk dijadikan pedoman atau panduan umat manusia sehingga hari akhirat. Mukjizat al-Quran secara lebih khusus dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian berikut :(Rosmawati Ali @Mat Zin 1997:35)

1) Mukjizat dari segi bahasa
2) Mukjizat dari segi isi kandungan
3) Mukjizat dari segi ilmu

Mukjizat Dari Segi Bahasa

Bahasa al-Quran amat indah, padat dan tidak dapat ditandingi oleh pakar bahasa daripada semua peringkat dan zaman. Antara lain mukjizat al-Quran dari segi bahasa ialah melalui keindahan dari susunannya, gaya bahasanya dari segi fasahah dan balaghah. (Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997:35)

Kelebihan al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat ummi. Hal tersebut untuk membuktikan dan mengukuhkan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Al-Quran adalah kalam Allah dan bukan ciptaan atau ucapan Nabi Muhammad. (Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997:35)

Mukjizat Dari Segi Isi Kandungan

Al-Quran mengandungi peristiwa dan kisah yang telah berlaku pada zaman lampau dan zaman sebelum Nabi Muhammad. Peristiwa tersebut benar-benar berlaku dan bukan mitos atau dongeng. Selain itu, ayat serta surah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai hubung kait antara satu dengan lain dan tidak ada sedikit pun percanggahan sama ada dari aspek berita, pengajaran dan apa sahaja yang terkandung dalamnya. (Rosmawati Ali @Mat Zin 1997: 36-37)

Al-Quran merupakan mukjizat yang lengkap dan sempurna dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Antara lain mukjizat al-Quran ialah di dalamnya meliputi berita alam ghaib. Mengenai cerita alam ghaib ialah perkara yang tidak dapat difikir oleh akal seperti azab dan kenikmatan dalam kubur, malaikat, syurga, neraka dan sebagainya. (Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997:38)

Isi kandungan al-Quran juga tidak bertentangan antara hakikat dan realiti. Isi kandungan al-Quran mencakupi serta meliputi segala bidang ilmu pengetahuan, baik ilmu keduniaan dan akhirat dan ia bersesuaian dengan tempat,masa dan keadaan. Di samping itu juga sebagai khazanah ilmu pengetahuan yang tepat dan betul. (Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997:38)

Mukjizat Dari Segi Ilmu

Al-Quran mengandungi serta meliputi semua bidang ilmu pengetahuan, antaranya: (Rosmawati Ali @Mat Zin 1997:40)
1. Ilmu ibadat, seperti sembahyang, puasa, zakat serta haji.
2. Ilmu tentang akidah dan menyeru semua manusia supaya mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepadaNya semata-mata.
3. Pengetahuan tentang muamalat dan perhubungan dengan manusia lain, contohnya tentang gadaian, hutang-piutang dan jual beli.
4. Di dalam bidang ekonomi, Islam sentiasa menggalakkan umatnya mencari kebahagiaan untuk bekalan di hari akhirat, di samping tidak mengabaikan urusan keduniaan dan mencari harta.
5. Dalam al-Quran mengandungi ilmu Balaghah, Nahu, Sastera dan lainnya, Sejarah, Politik, Pentadbiran dan semua ilmu yang tidak terhitung.

KEDUDUKAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER HUKUM

Kemukjizatan al-Quran dapat dilihat dari sudut bahasa, isi kandungan serta ilmu. Keadaan ini menunjukkan bahawa al-Quran mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai sumber hukum.

Al-Quran adalah asas bagi syariah Islam yang lain. Firman Allah :
             •           
(Al-An’am 6:38)

Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Maksudnya semua perkara pokok yang diperlukan oleh manusia mengenai agama atau pun perkara duniawi tersebut dalam al-Quran sama ada secara terperinci atau secara ijmaliyy. (Siti Zalikhah Md.Nor 1999:24)

Firman Allah:
    •            •          
(Al-Nahl 16:89)
Maksudnya: Dan (ingatkanlah tentang) hari kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

Maksud ayat ini ialah al-Quran membawa hukum yang memaparkan kaedah-kaedah umum dan dasar yang menyeluruh yang dapat dijadikan panduan kepada manusia dalam kehidupan seharian. (Siti Zalikhah Md.Nor 1999:25)

Al-Quran menyatakan pelbagai perkara yang merangkumi semua asas dan kaedah yang seharusnya ada dalam setiap undang-undang dan peraturan seperti Islam mewajibkan keadilan, mengadakan musyawarah, menghilangkan kesempitan, menolak kemudaratan, menunaikan amanah dan merujuk kepada orang yang berkebolehan serta mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang pengkhususan. (Siti Zalikhah Md.Nor 1999:25)

Semua dalil syarak lain iaitu al-Sunnah, al-Ijma’dan al-Qiyas adalah bersandarkan al-Quran seperti firman Allah:
•                                 •   •    
(Surah Al-Hashr 59:7)
Maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Ayat ini menunjukkan bahawa al-Sunnah adalah satu sumber daripada sumber perundangan Islam.

HUKUM-HUKUM DALAM AL-QURAN

Al -Quran adalah asas bagi syariat Islam dan merupakan asal bagi sumber-sumber syariah Islam. Oleh itu, terdapat beberapa hukum yang terdapat dalam al-Quran iaitu hukum yang berkaitan dengan akidah, hukum yang berkaitan dengan akhlak dan hukum yang berkaitan dengan amalan.

Hukum Yang Berkaitan Dengan Akidah

Hukum yang berkaitan dengan akidah ialah mempercayai rukun iman iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada para Rasul, percaya kepada hari kiamat, percaya kepada qada’ dan qadar. Kepercayaan dan i’tiqad itu bersangkutan dengan perbahasan ilmu Tauhid yang juga dikenali dengan ilmu Usul al-Din, ilmu Kalam, ilmu Sifat dan ilmu Akidah. ( Abdullah Ishak 1997 : 53)
Firman Allah:
               
( Al-Mukmin 40:65)
Maksudnya: Dialah yang tetap hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Hukum Yang Berkaitan Dengan Akhlak

Hukum yang berkaitan dengan akhlak ialah hukum yang bersangkutan dengan segala sifat terpuji bagi seseorang, sama ada pada jasmani ataupun rohani seperti sifat sabar, ikhlas, pemurah, rajin, sopan dan tingkah laku yang baik. Hukum yang membicarakan permasalahan tersebut adalah bersangkutan dengan ilmu akhlak atau dikenali sebagai ilmu Tasawwuf. (Abdullah Ishak 1997 : 53)

Contohnya berkenaan dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapa sebagaimana firman Allah:
                           •       • 
(Al-Nisa 4 : 36)

Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.

Hukum Yang Berkaitan Dengan Amalan

Hukum yang berkaitan dengan amalan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ibadat dan muamalat. Hukum berkaitan dengan ibadat seperti melakukan ibadat terhadap Allah sama ada ibadat khusus dan ibadat umum. Melakukan muamalat seperti melaksanakan urusan jual beli, sewa menyewa, gadai menggadai, bersyarikat dan melakukan riba. (Abdullah Ishak 1997:54)

Contohnya ayat yang berkaitan dengan muamalat, firman Allah :
                      •                       •     
(Al-Baqarah 2:275)
Maksudnya:Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Kesimpulannya, bahagian pertama iaitu hukum yang berhubung dengan kepercayaan atau iktikad menjadi asas kepada agama Islam. Manakala bahagian kedua, iaitu perkara yang berkaitan dengan akhlak dan bahagian ketiga berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Ketiga-tiga bahagian ini adalah saling berkaitan antara satu dengan yang lain yang berperanan sebagai intisari terpenting yang termaktub dalam al-Quran.

DALALAH AL-QURAN

Seperti yang diketahui al-Quran membincangkan hukum melalui tiga aspek iaitu hukum yang berkaitan dengan akhlak, akidah serta amalan. Namun apa yang ingin dibincangkan di sini bukanlah hukum dari sudut akhlak dan akidah, tetapi apa yang ingin dibincangkan adalah lebih kepada hukum yang berkaitan dengan amalan dan perbuatan mukallaf. Perundangan islam menetapkan hukum-hukum tersebut sama ada berbentuk qat’iyy atau zanniyy

Berdasarkan penerangan mengenai hukum-hukum dalam al-Quran, kita dapat mengetahui hukum bagi sesuatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambanya. Al-Quran turut juga menjelaskan mengenai cara dan bentuk al-Quran menunjukkan hukum. Cara dan bentuk al-Quran menunjukkan hukum dalam dua keadaan, iaitu dalam al-Quran terdapat hukum yang diterima secara qat’iyy dan zanniyy. Justeru itu, al-Quran menerangkan hukum dalam perundangan dapat dibahagikan kepada dua bentuk : (Abdul Latif Muda 1997:68-69)
1) Hukum secara qat’iyy
2) Hukum secara zanniyy

Hukum secara Qat’iyy

Qat’iyy ialah makna yang difaham daripada sesuatu lafaz hanya satu atau tiada kebarangkalian makna lain yang boleh difahami daripada lafaz. Antara ayat yang hukumnya diterima secara qat’iyy seperti firman Allah:
• الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَة
(Al-Nuur 24:2)
Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka sebatlah tiap seorang dari keduanya seratus sebatan.

Lafaz penzina dalam ayat tersebut adalah penetapan secara qat’iyy atau pasti yang tidak dapat dipertikaikan lagi maksudnya serta hukumnya. Iaitu penzina perempuan dan lelaki mestilah disebat dengan seratus sebatan.

Hukum secara Zanniyy

Zanniyy ialah suatu lafaz yang mempunyai kebarangkalian makna lebih daripada satu. Contohnya tentang hukum iddah perempuan yang diceraikan, sama ada tiga kali haid atau tiga kali suci, disebabkan kekeliruan perkataan quru’, yang boleh ditafsirkan dengan erti suci atau haid. Seperti firman Allah:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
(Al-Baqarah 2:228)
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (haid).

Lafaz quru` dalam ayat tersebut adalah zanniyy kerana ia memberi dua makna, iaitu haid atau suci.

BENTUK PENERANGAN HUKUM AL-QURAN

Ada tiga cara al-Quran menerangkan mengenai hukum. Cara-cara itu ialah:
1) Memberikan keterangan secara keseluruhan (kulliyy) iaitu dengan menyebut kaedah dan prinsip umum yang akan menjadi asas kepada hukum-hukum terperinci selanjutnya. Antara contoh keterangan seperti ini ialah:

a. Perintah berpegang dengan dasar syura sebagaimana yang diterangkan dalam firman Allah:
وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُم
(Al-‘Imran 3:159)
Maksudnya: Bermesyuaratlah dengan mereka tentang masalah berkenaan.
Syura yang dimaksudkan di sini hanya melibatkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan kerana perkara-perkara qat’iyy adalah bersifat thabat.

b. Perintah berlaku adil seperti mana yang terdapat dalam firman Allah:
 •     
( Al-Nahl 16: 90)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan

c. Hukum haram menggunakan harta milik orang lain. Hal itu sebagaimana
dijelaskan dalam firman Allah : وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
(Al-Baqarah 2:188)
Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu secara tidak sah (batil).

d. Perintah menunaikan janji. Hal tersebut sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah:
     
(Al-Maidah 5:1)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, tunailah janji


e. Kaedah keseksaan mesti sepadan dengan kesalahan sebagaimana dijelaskan dalam
firman Allah:
     
(Al-Shura 42: 40)
Maksudnya: Perbuatan jahat balasannya jahat seperti itu juga.

2) Menerangkan hukum secara umum (ijmaliyy) sehingga memerlukan keterangan dan perincian. Contoh-contoh hukum dari bentuk ini ialah:

a. Hukum wajib bersembahyang dan membayar zakat. Kewajipan ini diterangkan secara umum oleh Allah dalam firmannya:
   •     
(Al-Nur: 56)
Maksudnya: Hendaklah kamu bersembahyang dan tunaikan zakat

Dalam ayat ini Allah tidak menerangkan berapa rakaat sembahyang itu dan bagaimana ianya harus dilakukan. Begitu juga Allah tidak menerangkan dalam ayat ini bagaimana dan berapa kadar yang harus dikeluarkan sebagai zakat.

Keterangan-keterangan secara terperinci mengenai masalah ini telah dijelaskan oleh Sunnah kemudiannya.

Mengenai sembahyang Rasulullah bersabda :
صلوا كما رايتمونى أصلى
( Bukhari dan Ahmad dan Darami )


Maksudnya : Bersembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang”.

Mengenai zakat pula Rasulullah menjelaskan perintah yang dibuat secara umum ini dengan menerangkan kadar dan cara mengeluarkannya dalam beberapa hadis baginda.

b. Kewajipan mengerjakan ibadat haji seperti mana yang terdapat dalam firman Allah:
  ••        
(Al-‘Imran 3:97)
Maksudnya : Bagi Tuhan atas manusia ( kewajipan ) menunaikan haji bagi sesiapa sahaja yang mampu berbuat demikian

Bagi menerangkan perintah yang dibuat secara umum ini Rasulullah memberitahu melalui hadis baginda yang mana beliau bersabda :
عنى منا سككمخذوا
(Muslim Abu Daud Ibn Majah Al-Nasai)
Maksudnya : Contohilah diriku, gerak kerja haji kamu semua.

c. Kewajipan melaksanakan hukum qisas sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah:
        
(Al-Baqarah 2:178)

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, kamu semua diwajibkan melaksanakan qisas.
Syarat-syarat qisas itu kemudiannya diterangkan oleh hadis-hadis nabi.

d. Pengharaman riba. Hal itu sebagaimana diterangkan dalam firman Allah:
•      
(Al-Baqarah 2: 275)
Maksudnya : Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Kemudian datang Sunnah Baginda s.a.w menerangkan apa maksud dan bentuk jual beli serta apa bentuk riba itu.

3) Keterangan secara terperinci, sebagaimana yang terdapat pada ayat-ayat mengenai bahagian pusaka, cara melakukan talak, li’an, mereka yang haram berkahwin dengannya dan begitu juga setengah keseksaan yang diistilahkan sebagai “hudud”, seperti hukuman terhadap penzina, pencuri, perompak dan sebagainya.

Kebanyakan keterangan secara terperinci atau tafsilyy ini terdapat dalam ayat-ayat mengenai hukum akidah dan akhlak. Adapun hukum-hukum amali, keterangan mengenainya biasanya dibuat secara prinsip atau secara umum.

Dalam menerangkan hukum-hukum ini al-Quran menggunakan berbagai-bagai gaya. Ini mungkin sebagai suatu cara untuk menarik minat supaya hukum-hukum yang diterangkan itu dihormati dengan sebaik-baiknya dan tidak melanggari begitu sahaja.

Dalam sesetengah keadaan al-Quran menerangkan hukum wajib dengan menggunakan kata suruh seperti mana dalam
firman Allah:
  
(Al-Nur 24:56)
Maksudnya: Hendaklah kamu bersembahyang

Kadang-kadang untuk tujuan yang sama, al-Quran menjanjikan pembalasan yang baik serta pahala kepada mereka yang melakukan sesuatu itu atau memuji si pelakunya. Sebaliknya untuk menerangkan pengharaman, al-Quran kadang-kadang menggunakan kata larangan seperti yang terdapat dalam firman Allah :
          
(Al-Baqarah 2:195)
Maksudnya: Janganlah kamu mencampakkan diri kamu sendiri ke lembah kehancuran.

Dalam sesetengah hal ia mencerca orang yang melakukan perbuatan yang dimaksudkan itu atau menjanjikan azab dan neraka serta laknat ke atas orang yang melakukannya.

Ada juga hukum-hukum seperti itu diterangkan dengan cara menyifatkan sesuatu perbuatan itu sebagai cemar atau fasik dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan tersebut biasanya harus diterangkan dengan cara menyebut dan ianya harus dilakukan, diizin melakukannya serta tidak mengapa melakukannya atau sebagainya.

Kadang-kadang sesuatu hukum yang sama itu disebut beberapa kali di tempat yang berlainan. Ini bertujuan untuk mengingatkan dan menegaskan. (Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid 1988: 50-52)

KESIMPULAN

Al-Quran mempunyai pelbagai pengertian namun maksud yang ingin disampaikan adalah sama, iaitu kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril, diriwayatkan secara mutawatir dan dikira ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

Ciri-ciri al-Quran yang dapat dikelaskan disini ialah lafaz dan makna al-Quran datang daripada Allah, dipindahkan secara mutawatir, isi kandungannya terpelihara daripada penambahan dan pengurangan serta ayat-ayatnya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

Mukjizat al-Quran turut juga dibincangkan disini dan ia dipecahkan kepada tiga sudut iaitu bahasa, isi kandungan dan ilmu. Melalui mukjizat yang diceritakan ini maka sudah tentu al-Quran mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai sumber hukum. Hukum-hukum yang dibincang di dalam al-Quran dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dari sudut akidah, amalan dan akhlak.

Al-Quran merupakan salah satu daripada sumber-sumber perundangan yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad selama 23 tahun. Berdasarkan apa yang telah dijelaskan sebelum ini al-Quran merupakan sumber perundangan yang pertama yang perlu diikuti oleh umat Islam.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan. 1430H/2009. Al-Wajiz fi usul al-fiqh. Beirut : Resalah Publishers.

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdullah Ishak. 1997. Sumber perundangan Islam dan tanggungjawab muslim. Kuala Terengganu : Aspirasi Teras Sdn. Bhd.

Mohd. Nasran Mohamad, Anwar Fakhri Omar, Mohd. Zamro Muda, Mohammad Zaini Yahaya. 2001. Metodologi Fiqh. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.


Coretan :

1. YASMIN YUSOFF(A126782)

2. KHALILAH SALLEH(A127110)

3. NUR HAYATI RASMIN(A127403)

4. NOR ROSNANI AHMAD(A129689)

5. NUR HIDAYAH ABU YAZIZ(A127702)

Tuesday, November 10, 2009

MAFHUM AL-MUKHALAFAH

PENDAHULUAN


Ilmu Usul Fiqh adalah suatu ilmu yang mengkaji tentang kaedah-kaedah umum (kulliy) untuk mengeluarkan hukum-hakam dari dalil-dalil tafsiliyy seperti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabawi. Proses pembinaan hukum ini merupakan objektif asas dalam perbincangan ilmu usul fiqh dan perbincangan dalam ilmu ini juga tidak terhad kepada objektif asas itu sahaja bahkan banyak perkara yang berkaitan dengannya.

Terdapat beberapa aspek atau pecahan yang akan dibahaskan melalui Ilmu Usul Fiqh ini. Antaranya ialah mengenai sumber-sumber untuk mendapatkan kaedah-kaedah istinbat hukum seperti al-Quran, al-Sunnah, ijma’, dan qiyas. Ada juga melalui sumber-sumber yang tidak disepakati seperti istihsan, istishab dan lain-lain lagi.

Salah satu daripada pecahan ilmu usul fiqh ialah mafhum. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu mafhum muwafaqah dan mafhum mukhalafah. Aspek yang hendak dibincangkan dalam tugasan ini ialah mafhum mukhalafah iaitu untuk mengetahui makna difahami daripada lafaz secara berlawanan atau bersalahan.




PENGERTIAN MAFHUM AL-MUKHALAFAH

Dari sudut bahasa mafhum al-mukhalafah bermaksud makna yang difahami daripada lafaz secara bersalahan. Manakala dari sudut istilah pula ia bermaksud makna yang ditunjuk oleh lafaz pada tempat yang tidak disebut bertentangan dengan yang ditunjuk oleh lafaz pada tempat percakapan. Secara umumnya juga mafhum al-mukhalafah ialah makna yang tersirat bertentangan dengan makna daripada lafaz yang tersurat. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 202 )

PEMBAHAGIAN MAFHUM AL-MUKHALAFAH
Mafhum al-Mukhalafah terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Mafhum al-Sifah, Mafhum al-Shart, Mafhum al-Ghayah, Mafhum al-‘Adad, Mafhum al-Laqab, Mafhum al-Hasr.

1. Mafhum al-Sifah (مفهوم الصفة)

Al-Sifah menurut bahasa ialah keadaan yang sesuatu itu berada padanya. Menurut istilah ahli-ahli usul, mafhum al-sifah ialah mengikat lafaz yang dikongsi maknanya dengan lafaz tertentu bukan dengan syarat dan ghayah. Sifat yang dikehendaki di sini lebih umum daripada al-na’t di sisi ahli nahu. Daripada penjelasan ini maka mafhum al-sifah dapat ditakrifkan dengan dalalah lafaz yang diikat dengan sesuatu sifat kepada lawan hukumnya ketika sifat itu tiada. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 204)

Untuk memahami dengan lebih jelas lagi dapat dilihat menerusi ayat al-Quran, dan hadis Rasulullah S.A.W. Firman Allah Ta’ala :
          •      

Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki (al-Nisa’ 4 : 25).

Dalam ayat tersebut ada perkataan  iaitu hamba-hamba kamu,ia dikaitkan dengan perkataan  yang bermaksud yang beriman. Maka secara mafhum mukhalafahnya tidak boleh dikahwini hamba-hamba yang tidak beriman. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 204)

Contoh yang lain boleh dilihat pada sabda Rasulullah s.a.w :
في سائمة الغنم زكاة
Maksudnya : Pada kambing yang dilepaskan secara bebas dikenakan zakat ( riwayat al-Bukhariyy)

Dalam hadis tersebut ada perkataan الغنم dikaitkan dengan sifat سائمة yang bermaksud yang dilepas bebas. Maka secara mafhum mukhalafahnya tidak wajib zakat pada kambing yang diberi makan dan tidak dilepas secara bebas iaitu al-ma’lufah (المعلوفة )

Mafhum al-Sifah terbahagi kepada empat bahagian.

a) Mafhum al-Zaman (مفهوم الزمن) atau Zarf al-Zaman (ظرف الزمن)

Mafhum al-Zaman dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
•         •   • 
Maksudnya : Kamu dihalalkan bersetubuh dengan isteri kamu pada malam puasa. Mereka sebagai pakaian kamu dan kamu pakaian bagi mereka. ( al-Baqarah 2 : 187 )

Menerusi ayat tersebut secara mafhum mukhalafah menunjukkan kepada haram bersetubuh pada siang hari kerana ihlal dikaitkan dengan al-lailah. Al-lailah ialah zarf zaman.

b) Mafhum al-Makan ( مفهوم المكان) atau Zarf al-Makan (ظرف المكان)

Mafhum al-Makan dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
     
Maksudnya : Janganlah kamu setubuhi mereka (isteri-isteri) ketika beriktikaf di masjid (al-Baqarah 2 : 187).

Menerusi ayat tersebut secara mafhum mukhalafah menunjukkan kepada harus menggauli mereka jika orang beri’ktikaf itu tidak di dalam masjid. Namun mafhum ini tidak diambil kerana ia disebut bukan untuk mengikat, bahkan untuk menerang waqi’ atau secara ikutan sahaja. Contohnya : بع هذه البقرة في القاهرة maksudnya : juallah lembu ini di Kaherah. Mafhumnya lembu ini tidak boleh dijual di tempat lain selain Kaherah.

c) Mafhum al-Hal (مفهوم الحال)

Mafhum al-Hal dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
       
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram ( al-Maidah 5 : 95 )

Menerusi ayat tersebut secara mafhum mukhalafah menunjukkan kepada harus membunuh buruan semasa tidak ihram. Perkataanوأنتم حرم adalah jumlah haliyyah. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 205)

d) Mafhum al-‘illah (مفهوم العلة)

Mafhum al-‘illah dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
       
Maksudnya : Yang menjadi hidup dan mati untuk menguji kamu, yang manakah di kalangan kamu elok amalannya ( al-Mulk 67: 2 )

Menerusi ayat tersebut secara mafhum mukhalafah menunjukkan kepada bahawa Tuhan tidak menjadikan hidup dan mati ketika lidah mahu menguji kamu (manusia) supaya beramal soleh. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 206)

2. Mafhum al-Shart (مفهوم الشرط)

Mafhum al-Shart menurut bahasa ialah iltizam, manakala menurut istilah fuqaha ialah :
ما يلزم من عدمه عدم المشروط ولا يلزم من وجوده وجود المشروط
Maksudnya : perkara yang mesti daripada tiadanya tiada mashrut dan tidak mesti daripadanya adanya ada mashrut.


Mafhum al-Shart dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
              •     
Maksudnya : Maka tidak ada kesalahan keatas kamu mengqasarkan sembahyang jika kamu takut difitnahkan oleh orang-orang yang kufur ( al-Nisa’ 4 : 101 )

Menerusi ayat tersebut secara mafhum mukhalafah menunjukkan kepada tidak harus qasar jika bebas daripada fitnah orang-orang kafir. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 207)

3. Mafhum al-Ghayah (مفهوم الغاية)

Mafhum al-Ghayah menurut bahasa ialah penghabisan. Menurut istilah pula ialah :
تعليق الحكم بإلى أو حتى
Maksudnya : Menggantung atau mengait hukum dengan ila (kepada) atau hatta (sehingga).

Maksudnya hukum yang ditetapkan setelah adanya suatu ghayah adalah berlawanan dengan hukum dari nas sebelum adanya ghayah .(Ismail Mahmood et.al 2003 : 207)

Mafhum al-Ghayah dapat dilihat menerusi dua firman Allah Ta’ala :
   •              
Maksudnya : Dan makanlah dan minumlah sehingga ternyata benang putih (fajar) daripada benang hitam (gelap malam) (al-Baqarah 2 : 187)


Firman Allah yang kedua :
         
Maksudnya : Maka jika ia menceraikannya (selepas dua talak) maka tidak halal ia kepadanya selepas itu (selepas tiga talak) sehingga ia berkahwin dengan pasangan (suami) lain (al-Baqarah 2 : 230)

Mafhum ayat pertama ialah tidak boleh makan dan minum selepas terbit fajar dan puasa tidak perlu disempurnakan apabila masuk malam. Mafhum ayat kedua pula ialah halal isteri yang ditalak tiga kepada suami pertama selepas ia berkahwin dengan suami kedua.(Ismail Mahmood et.al 2003 : 208)

4. Mafhum al-‘adad (مفهوم العدد)

Definisi mafhum al-‘adad ialah : تعليق الحكم بعدد مخصوص maksudnya menggantung hukum dengan bilangan tertentu. Iaitu mengikat hukum dengan bilangan tertentu menunjukkan kepada ternafi hukum pada perkara selain daripada bilangan tersebut sama ada lebih atau kurang. .(Ismail Mahmood et.al 2003 : 208)

Mafhum al-‘adad dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
          
Maksudnya : Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik dengan zina, kemudian mereka tidak membawa empat saksi maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan (al-Nur 24 : 4)

Menerusi ayat tersebut secara mafhum mukhalafah menunjukkan kepada jika mereka membawa empat saksi maka mereka terlepas daripada sebatan tersebut, dan sebatan tidak boleh melebihi atau kurang daripada bilangan tersebut. .(Ismail Mahmood et.al 2003 : 208)

Firman Allah Ta’ala :
• •  •    
Maksudnya : Perempuan yang melakukan zina dan lelaki yang melakukan zina maka sebatlah setiap seorang daripada keduanya seratus kali sebatan (al-Nur 24 : 2)

Mafhum ayat tersebut tidak boleh sebat lebih atau kurang dari bilangan tersebut.

5. Mafhum al-Laqab (مفهوم اللقب)

Mafhum al-Laqab dari sudut bahasa ialah al-Nabdh iaitu memberi gelaran atau menggelarkan. Menurut istilah ahli usul ialah :
ما أشعر بمدح أو ذم ولم يصدر بأب ولا بأم
Maksudnya : Perkara yang menunjukkan kepada puji atau cela dan tidak didahului dengan kalimah أب (bapa) atau أم (ibu). (Ismail Mahmood et.al 2003 : 209)

Namun yang dikehendaki di sini ialah mafhum yang bukan sifat. Takrif di sisi ahli usul ialah :
تعليق الحكم بالإسم علما كان أو اسم جنس
Maksudnya : Menggantungkan atau mengaitkan hukum dengan isim sama ada isim ‘alam atau isim jenis. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 209)

Contoh bagi Isim ‘alam : على زيد حج maksudnya wajib ke atas Zaid menunaikan haji, bagi Isim Jenis pula : في الغنم زكاة maksudnya pada binatang ternakan dikenakan zakat. Mafhum dari contoh pertama ialah tidak wajib haji ke atas selain daripada Zaid, manakala mafhum dari contoh kedua ialah tidak wajib zakat pada selain dari binatang ternakan. .(Ismail Mahmood et.al 2003 : 210)

6. Mafhum al-Hasr (مفهوم الحصر)

Mafhum al-Hasr menurut bahasa ialah al-Tadyiq iaitu menyempitkan. Menurut istilah ialah mensabitkan hukum kepada yang disebut dan menafikannya daripada selainnya (yang tidak disebut). (Ismail Mahmood et.al 2003 : 210).


Mafhum al-Hasr mempunyai lima bahagian:

1. Mafhum Innama مفهوم إنما

Mafhum Innama dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
 
Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah (Taha 20 : 98)

Mafhumnya selain daripada Allah bukan Tuhan kamu. Untuk melihatnya dengan lebih jelas lagi dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah s.a.w :
إنما الأعمال بالنيات
Maksudnya : Sesungguhnya amalan itu dengan ada niat.(riwayat Bukhariyy dan Muslim)

Mafhumnya jika tiada niat maka tidak dikira amalan tersebut. .(Ismail Mahmood et.al 2003 : 210)

2. Mafhum al-Nafy Wa al-Istithna’ مفهوم النفى و الإستثناء

Mafhum al-Nafy Wa al-Istithna’ dapat dilihat menerusi contoh ayat :
لا شجاع إلا علي
Maksudnya : Tidak ada yang berani kecuali Ali.

Mafhumnya sifat pengecut sabit pada selain daripada Ali. (Ismail Mahmood et.al 2003:201 )

3. Mafhum Cerai Mubtada’ daripada Khabar dengan Damir Al-Fasl (مفهوم فصل المبتدأ من الخبر بضمير الفصل)

Mafhum Mubtada’ daripada Khabar dengan Damir Al-Fasl dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
        
Maksudnya : Atau patutkah mereka mengambil pelindung-pelindung selain daripadaNya, Maka Allah Dialah (sebenar-benar) pelindung (al-Shura 42 : 9)

Mafhum ayat tersebut ialah sifat pelindung yang sebenar tidak ada selain daripada Allah.

4. Mafhum Batas Mubtada’ pada Al-Khabar (مفهوم حصر المبتدأ في الخبر)
Mafhum Batas Mubtada’ pada al-Khabar maksudnya ialah membataskan mubtada’ hanya kepada khabar sahaja, sama ada dengan dima’rifahkan dengan ال atau الإضافة atau dengan kata lain dima’rifahkan kedua-duanya atau umum pada yang pertama dan khusus yang kedua. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 211)

Mafhum ini dapat dilihat menerusi ayat العالم زيد وصديقي عمرو maksudnya orang yang ‘alim itu ialah Zaid dan kawanku ialah Amru. Mafhum menerusi ayat ini ialah selain daripada Zaid adalah jahil dan selain daripada Amru bukan kawanku.

5. Mafhum Taqdim al-Ma’mul (مفهوم تقديم المعمول)

Mafhum Taqdim al-Ma’mul bermaksud makna yang difaham daripada mendahulukan ma’mul daripada ‘amilnya atau daripada mendahulukan perkara yang sepatut dikemudiankan. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 211)
Mafhum Taqdim al-Ma’mul dapat dilihat menerusi firman Allah Ta’ala :
   
Maksudnya : Hanya kepadaMu aku sembah dan kepadaMu aku meminta pertolongan (al-Fatihah 1 : 5)

Mafhum ayat ini ialah kami tidak sembah dan tidak meminta pertolongan selain daripada kamu (Allah).

Firman Allah Ta’ala :
      
Maksudnya : Dan sesungguhnya jika kamu meninggal atau dibunuh tentulah kepada Allah saja kamu dikumpulkan (Ali ‘Imran 3 : 158)

Mafhum ayat ini ialah kamu tidak dihimpun kepada selain daripada Allah. Berdasarkan maknanya adalah mendahulukan maksud yang terkemudian iaitu kepada Allah dikumpulkan sekiranya telah meninggal dunia. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 212)


PANDANGAN ULAMA TENTANG KEHUJAHAN MAFHUM AL-MUKHALAFAH.

Di dalam menentukan sesuatu bahagian mafhum mukhalafah, terdapat perselisihan pandangan ulama tentang sesuatu bahagian tersebut. Sesetengah ulama tidak berpegang dengan mafhum al-sifah tetapi berpegang dengan mafhum al-istisna’ dan sebagainya. Ia boleh dibahagikan kepada dua golongan atau dua pendapat.

Pertama: Jumhur ulama termasuk Shafie, Malik dan Ahmad dan sekumpulan dari ahli bahasa Arab berhujah dengan mafhum al-mukhalafah kecuali mafhum al-laqab, maka ia tidak menjadi hujah di sisi mereka kecuali Abu Bakar al-Daqqaq dan orang yang sependapat dengannya. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 218)
Kedua: Golongan Hanafiyyah, jumhur Mu’tazilah dan sebahagian daripada Shafi’yyah seperti Ibnu Surayj dan al-Qaffal, mereka mengingkari mafhum al-mukhalafah. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 218)

Mengikut pandangan yang masyhur dalam kalangan Hanafiyyah ia tidak menjadi hujah di dalam kitab Syarak, tetapi menjadi hujah di dalam istilah manusia, karangan mereka dan uruf mereka. Manakala Mahammad bin al-Hasan menafikan keseluruhannya.

Setengah golongan mutaakhirin daripada Syafi’yyah pula berpendapat sebaliknya, iaitu tidak menjadi hujah pada kalam manusia, menjadi hujah pada kalam Allah dan Rasul-Nya. ( Mukhtar Yahya & Fatchur Rahman 1979 : 348 )

KEHUJAHAN MAFHUM AL-MUKHALAFAH

Sebelum mengetahui tentang dalil-dalil golongan yang berselisih, maka perlu diketahui tempat persepakatan (mahall al-wifaq) dan tempat perselisihan (mahall al-niza’).

i) Mahall al-wifaq: Jika ternyata ada faedah lain selain daripada penafian hukum daripada zat ketika tidak ada sifat atau ikatan tersebut maka mafhum mukhalafah telah disepakati untuk tidak diamalkan.
ii) Mahall al-Niza’: Jika tidak ternyata faedah daripada ikatan itu selain daripada penafian hukum daripada zat ketika tidak ada sifat atau ikatan tersebut, maka inilah tempat yang menjadi perselisihan.


a. Hujah Golongan Pertama

Ia adalah hujah golongan jumhur, mereka berhujah dengan dalil naqli dan aqli.

Abu Ubayd daripada ahli lughah berpegang dengannya pada hadis Nabi S.A.W yang berbunyi:
لى الواجد يحل عرضه وعقوبته

Maksudnya: Berlambat-lambat bayar oleh orang yang berada menghalalkan kehormatannya dan uqubahnya. ( Abu Dawud dan lain-lain daripada al-Sharid bin Suwayd r.a)

Beliau berpendapat bahawa orang yang tidak berada tidak halal kehormatannya dan hukumannya.

Maksud dengan menghalal kehormatannya ialah tuntutannya dan maksud menghalal hukumannya ialah menahannya. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 220)

Nabi S.A.W menjawab teguran Umar r.a dengan sabdanya:
إنما خيرني الله فقال: إستغفرلهم أو لا تستغفرلهم إن تستغفرلهم سبعين مرة. وسأزيده على سبعين.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepadaku dengan katanya mintalah ampun untuk mereka atau jangan meminta ampun bagi mereka, jika kamu minta ampun tujuh puluh kali aku akan menambah lebih daripada tujuh puluh”. (Riwayat Muslim daripada hadis Ibnu Umar r.a).

Di dalam hadis tersebut Baginda memahamkan hukum yang lebih daripada tujuh puluh adalah menambah tuntutan ke atas mereka sebanyak tujuh puluh kali. Oleh itu mereka perlu menyegerakan bayaran sesuatu. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 220)

Ada juga persoalan yang timbul berkaitan mengqasarkan sembahyang dan mengapa kita perlu mengqasarkan solat pada masa kita telah aman, sedangkan Allah Ta’ala berfirman:
            
Maksudnya: Maka tidak ada ke atas kamu mengqasarkan sembahyang jika kamu takut. (al-Nisa’ 4: 101)



Maka Umar r.a berkata:
فقد أمن الناس فقال عجبت مما عجبت منه وفسألت النبي (ص) عن ذلك, فقال: صدقة تصدق الله بها عليكم فاقبلوا صدقته.
Maksudnya“Sesungguhnya aku hairan terhadap perkara yang kamu hairan, maka aku Tanya Nabi S.A.W mengenainya, maka Baginda menjawab kepadaku: Ia adalah sedekah yang disedekahkannya oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekahnya”. (Muslim daripada Ya’la)

Di sini Umar r.a memahami sebagaimana yang Ya’la fahami, iaitu tidak boleh qasar jika tidak di dalam keadaan takut. Ini bererti kedua-duanya berpegang dengan mafhum al-mukhalafah.


b. Hujah Golongan Kedua

Ia adalah hujah daripada golongan Hanafiyyah yang berhujah dengan menggunakan beberapa dalil. Antara hujah mereka ialah :

i. Terdapat banyak ayat dan hadis yang tidak diamalkan dengan cara mafhum mukhalafah, antaranya Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
•                          

Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada-Nya.
(al-Taubah 9 : 36)
Mafhumnya boleh melakukan kezaliman pada bulan-bulan lain selain bulan haram ( Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam), sedangkan ia tidak boleh. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 222)

ii. Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
لا يغتسل أحدكم في الماء الدائم وهو جنب
Maksudnya : Jangan mandi seorang kamu didalam air yang tenang sedangkan ia di dalam keadaan junub. ( Muslim daripada Abu Hurairah R.A)

Mafhum pada hadis ini ialah boleh mandi di dalam air yang tenang pada masa ia tidak berjunub, sedangkan larangan adalah umum meliputi masa berjunub dan tidak berjunub.


iii. Mengaitkan hukum dengan sifat atau qayd tidak menunjukkan ternafinya hukum daripada mawsuf ketika tidak ada sifat kerana sah dikatakan:

في الغنم السائمة زكاة ولا زكاة في المعلوفة
Maksudnya : Dikenakan zakat pada kambing yang dilepaskan secara bebas dan tidak dikenakan zakat pada kambing yang diberi makan dan tidak dilepaskan secara bebas.

Didalam hal ini, jika mafhum diambil kira maka tidak perlu kepada ibarat (ولا زكاة في المعلوفة) kerana tidak ada faedahnya.

HUKUM MAFHUM AL-MUKHALAFAH

Tidak ada perselisihan di sisi golongan yang berhujah dengan mafhum mukhalafah bahawa hukum pada perkara yang didiam(al-maskut) bersalahan dengan hukum perkara yang disebut (al-madhkur) dari sudut ithbat dan nafi.

Manakala golongan yang tidak berpegang dengannya mengatakan bahawa hukum pada yang disebut tidak menunjukkan kepada penafian hukum pada yang didiamkan atau ithbatnya. Bahkan hukumnya didiamkan (maskut ‘anhu). Hukum yang didiami tadi diambil daripada dalil-dalil yang lain. Jika tidak didapati dalil, maka ia dikekalkan pada al-bara’ah al-asliyyah atau al-‘adam al-asliyy. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 225)
Contohnya firman Allah S.W.T:

       •
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka hendaklah kamu periksa dengan teliti (mendapatkan bayyinah atau saksi tentang kebenarannya) (al-Hujurat 49 : 6)

Hukum pada yang disebut seperti di atas wajib ditabayyun sekiranya yang membawa berita itu adalah seorang yang fasik, dan hukum pada yang didiamkan yang berlawanan manfiyy (dinafikan). Ia tidak wajib tabayyun jika berita itu dibawa oleh orang yang adil. Ini adalah pendapat golongan yang berpegang dengan mafhum mukhalafah. (Ismail Mahmood et.al 2003 : 225)


SYARAT-SYARAT MAFHUM MUKHALAFAH

1) Madlul daripada mafhum mukhalafahnya tidak boleh bertentangan dengan madlul dari dalil yang kuat, walaupun dalil itu dari mantuq bih mahupun dalil mafhum muwafaqah. Sebagai contoh mafhum mukhalafah yang bertentangan dengan madlul mantuq bih ialah seperti menetapkan hukum dibolehkan membunuh anak sendiri jika tidak takut akan berlakunya kemiskinan. Hukum yang demikian itu diperoleh dari mafhum mukhalafah menerusi firman Allah S.W.T :
    
Maksudnya : Jangan kamu bunuh anak-anakmu kerana takut kepada kemiskinan. (al-Isra’ 17 : 31)

Secara mukhalafahnya difahami perbuatan itu tidak boleh dilakukan kerana berlawanan dengan dalalah mantuq bih dari firman Allah Taala S.W.T:
      
Maksudnya : Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang hak.(Al-Isra’ 17 : 38)


Oleh yang demikian maka tidak boleh anak sendiri walaupun tidak takut kepada kemiskinan. Ini kerana mafhum yang demikian itu tidak memenuhi syarat malahan berlawanan dengan dalil yang lebih kuat iaitu surah al-Isra’ ayat 38 tersebut.

Bagi contoh mafhum mukahalafah yang berlawanan dengan mafhum muwafaqah seperti ketetapan hukum dibolehkan memukul kedua orang tua lantaran yang dilarang dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang menerangkan tentang berkata ‘ah’ kepada mereka. Apa-apa yang difahami dalam mafhum mukhalafah ialah melakukan apa sahaja selain ‘ah’ adalah dibolehkan. Namun, merujuk kepada mafhum muwafaqah ialah segala tindakan yang menyakitkan hati kedua orang tua seperti memaki-maki, menganiaya, memukul dan sebagainya adalah diharamkan. Hal ini kerana tindakan yang sedemikian mempunyai ’illah yang sama dengan menggertak dengan ucapan ‘ah’ iaitu kedua-duanya merupakan tindakan yang menyakitkan hati. Oleh itu membolehkan memukul orang tua adalah berlawanan dengan mafhum muwafaqah.

2). Dalil yang disebutkan itu bukan menerangkan seseuatu kejadian yang khusus. Misalnya dalam Firman Allah Ta’ala:
    
Maksudnya : Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat kali ganda. (Al Imran 3 : 130)

Dari dalil yang disebutkan di atas tidak dapat diambil mafhum mukhalafahnya tentang halalnya riba yang tidak berlipat kali ganda. Oleh itu, riba yang tidak berlipat kali ganda pun hukumnya juga dilarang kerana Allah menyebutkan ayat yang berlipat kali ganda itu hanyalah menerangkan kejadian khusus bagi orang jahiliah. Hal ini kerana orang jahiliyyah yang memberi hutang apabila telah sampai waktu pembayarannya berkata kepada orang yang berhutang supaya menyelesaikan hutangnya. Jika tidak menyelesaikan hutangnya dalam tempoh yang ditetapkan maka hutangnya itu akan bertambah berlipat kali ganda. Maka turunlah ayat ini.

4). Dalil yang disebutkan bukan dimaksudkan untuk penghormatan atau menguatkan sesuatu keadaan. Contohnya sabda Rasulullah s.a.w.:
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم جاره
Maksudnya : Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat berkatalah yang baik atau diam sahaja dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka muliakanlah jiran tetangga. (R.W. Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas telah menyebabkan orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat adalah untuk penghormatan dan menguatkan. Oleh sebab itu, tidak ada mafhum mukhalafahnya kerana ertinya tidak dapat difahamkan dari hadis itu bahawa orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat boleh berkata yang tidak baik atau menggangu jiran tetangga.

5). Dalil yang disebutkan harus berdiri sendiri dan tidak boleh mengikut kepada yang lain. Firman Allah Ta’ala:
ولا     
Maksudnya :…Janganlah kamu campuri mereka mereka(isteri-isteri) itu sedang kamu beri’tikaf di masjid-masjid. (Al-Baqarah 2 : 187)

Larangan mencampuri isteri diwaktu sedang beri’tikaf sudah merupakan ketentuan sendiri, tidak dikaitkan dengan tempat dimana ia beri’tikaf. Oleh itu, tidak dapat diambil mafhum mukhalafahnya bahawa orang yang beri’tikaf di luar masjid dibolehkan mencampuri isterinya. Larangan itu adalah bersifat mutlak bagi orang yang sedang melakukan i’tikaf.

6). Dalil yang disebutkan itu bukan sekadar menerangkan kebiasaan. Firman Allah Taala:
   
Maksudnya :….Anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu. (an-Nisa’ 4 : 23)

Dalam ayat tersebut menerangkan bahawa antara wanita-wanita yang tidak boleh dikahwini adalah anak tiri yang dalam pemeliharaan. Ayat ini tidak boleh diambil Mafhum Mukhalafahnya bahawa anak tiri yang tidak berada dibawah pemeliharaannya boleh dikahwini kerana lafaz yang berada dalam pemeliharaanmu disebutkan adalah sekadar menerangkan kebiasaan sahaja . Memang demikian menurut kebiasaan anak tiri itu berada di dalam pemeliharaan ayah tirinya.

















KESIMPULAN

Secara keseluruhannya Mafhum al-Mukhalafah ialah penetapan yang berlawanan dengan hukum yang diambil dari dalil yang disebutkan dalam nas (mantuq bih) kepada sesuatu yang tidak disebutkan dalam nas (maskut ‘anhu). Oleh itu, hukum yang ditetapkan oleh Maskut ‘anhu adalah berlawanan dengan hukum yang ditetapkan oleh Mantuq bih.

Terdapat dua golongan ulama mengenai kehujahan mafhum mukhalafah iaitu golongan jumhur dan golongan Hanafiyyah termasuk beberapa ulama Shafi’iyyah. Di bawa juga hujah masing-masing atau sebahagian hujah-hujah mereka. Daripada perselisihan tersebut, lahirlah perselisihan di dalam beberapa furu’ fiqh seperti berkahwin dengan hamba daripada ahli kitab, hukum air yang kurang daripada dua kolah yang dimasuki najis dan tidak berubah, mengambil cukai daripada bukan ahli kitab dan lain-lain.
Oleh itu, dapat juga kita ketahui hukum sesuatu nas atau hukum di sebalik sesuatu nas berdasarkan pandangan yang diberikan oleh dua golongan ulama ini.















BIBLIOGRAFI

Al-Quran.

Tafsir al-Quran.

Abdul Karim Zaydan. 2009. Al-Wajiz Fi Usul fiqh. Beirut-Lubnan: Resalah Publishers.

Ismail Mahmood, Mohammad Zaini Yahaya & Mat Noor Mat Zain. 2003. Usul fiqh 1. Universiti Kebangsaan Malaysia : Pusat Pengajian Jarak Jauh.

Mukhtar Yahya, Fatchur Rahman. 1979. Dasar-dasar pembinaan hukum fiqh-Islamiy. Jakarta : Sa’adiyah Putra.

http://www.al-eman.com/hadeeth


DISEDIAKAN OLEH:
1)KHAIRUL AZMAN B. MD SAAD
2)MUHAMMAD HAIKAL B. SUBAHIR
3)MOHD LUTFI B. AHMAD KHUZAINI
4)LUQMAN B. MAHADI

Sunday, November 8, 2009

AL-AMR

PENGENALAN

Bahasa Al-Quran dan al-sunnah sangat berbeza dengan bahasa moden sekarang kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Kandungan al-Quran bukan sahaja terhad kepada perintah, larangan dan akibat hukumnya sahaja, tetapi juga dalam bentuk seruan moral untuk kesedaran setiap individu. Seruan mungkin berbentuk pujukan, peringatan, kelebihan dan keburukan membuat atau meninggalkan sesuatu perintah juga ancaman atau balasan di akhirat kelak. Perintah dan larangan al-Quran terdapat dalam pelbagai bentuk. Al-Amr merupakan salah satu asas hukum syarak, kerana melaluinya kita dapat memahami dan mengeluarkan sesuatu hukum, walaupun pada dasarnya hukum asal bagi setiap perintah adalah wajib. Di sini, dihuraikan dengan panjang lebar perbahasan mengenai al-amr sama ada dari sudut definisi, sighah-sighah yang menunjukkan perintah, hukum yang boleh diistinbat daripada sighah-sighah al-amr, kedudukan bentuk perintah selepas tegahan atau pengharaman, hujah-hujah para ulama, kedudukan sighah al-amr dari sudut pengulangan tuntutan serta hujah ulama mengenainya dan kesan daripada perselisihan pendapat para ulama.




AL-AMR
Al-Amr pada bahasa adalah perintah atau suruhan. Pengertian al-amr dari segi istilah ialah tuntutan melakukan sesuatu daripada orang yang kedudukannya lebih tinggi terhadap orang yang lebih rendah. Dengan kata lain perintah Allah terhadap hambaNya yang mukallaf melalui al-Quran dan Hadis. Manakala melalui nukilan Abdul Latif Muda mengatakan, menurut pendapat Imam Baidawi al-amr ditakrifkan sebagai perkataan yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan. (Abdul Latif Muda 1997: 151)

SIGHAH-SIGHAH AL-AMRTerdapat beberapa bentuk perintah yang diperintahkan terhadap mukallaf, antaranya melalui sighah fi’l al-amr, ini dapat dilihat melalui firman Allah pada surah al-Nur ayat 33 :
أَقِيمُوا الصَّلَاة
Maksudnya: Dirikanlah solat..
Lafaz أَقِيمُوا di atas merupakan fi’l al-amr, tiap-tiap perintah menunjukkan wajib, maka hukum yang diistinbat daripada sighah al-amr tersebut menunjukkkan perbuatan tersebut wajib dilaksanakan.
Bentuk perintah juga hadir melalui fi’l mudari’ yang disertai lam al-amr’. Contoh ini dapat dilihat melalui firman Allah pada surah al-Baqarah ayat 185 :
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya: Barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah.
Lafaz فَلْيَصُمْهُ merupakan gandingan fi’ l mudari’ dan lam al-amr yang menunjukkan perintah supaya melakukan kerana disertai lam al-amr. Maka hukum yang diistinbat darinya adalah wajib.

Seterusnya sighah al-amr juga hadir dalam bentuk ayat khabariyyah tetapi bermaksud insha’iyyah , contohnya melalui firman Allah pada surah al-Baqarah ayat 233 :
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
Maksudnya : Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya dua bulan penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna.

Yang dimaksudkan dengan sighah ini adalah tuntutan supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka, bukan untuk memberitahu tempoh penyusuan tersebut, maka ayat ini wajib melalui lafaz insha’iyyah yang dimaksudkan di sebalik lafaz khabariyyah, iaitu para ibu wajib menyusukan anak mereka.
Sighah al-amr juga boleh hadir dalam bentuk kata terbitan yang menggantikan fi’l al-amr, ini dapat dilihat melalui firman Allah pada surah al-Baqarah ayat 283 :
فَرِهَانٌ مَقْبُوضَةٌ
Maksudnya: Maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang.
Lafaz فَرِهَانٌ merupakan kata terbitan perkataan رهن yang bermaksudkan fi’l al-amr. Maka hukum yang diistinbat daripada lafaz ini menunjukkan perbuatan itu adalah wajib.
Seterusnya lafaz al-amr juga hadir dalam bentuk yang menunjukkan wajib seperti farada dan kutiba , contohnya dapat dilihat sebagaimana firman Allah pada surah al-Tahrim ayat 2 :
قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda-kaffarah)
Lafaz فَرَضَ secara jelas menunjukkan perbuatan itu difardukan. Maka hukum yang diistinbat daripada lafaz tersebut adalah wajib.
Contoh lain juga boleh dilihat melalui firman Allah pada surah al-Baqarah ayat 183 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa.
Lafaz كُتِبَ adalah lafaz yang secara jelas menunjukkan diwajibkan berpuasa, maka hukum berpuasa adalah wajib. (Abdul Latif Muda1997:152)

HUKUM YANG DIISTINBAT DARIPADA SIGHAH AL-AMR
Ulama telah berbeza pendapat dalam menentukan makna hakiki lafaz al-amr ketika tidak ada tanda yang menunjukkan salah satu dari maknanya. Terdapat beberapa pendapat ulama mengenai makna hakiki tersebut. Ulama usul berpendapat makna asal al-amr adalah wajib berdasarkan dalil ‘Aqliyy pada surah al-Nur, ayat 63 :
فَلْيَحْذَرِالَّذِيْنَ يُخَالِفُونَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْتُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْيُصِيْبِهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمَ
Maksudnya : Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya beringat serta berjaga-jaga supaya mereka tidak ditimpa bala bencana atau ditimpa azab siksa yang tidak terperi sakitnya.
Ayat di atas menerangkan, orang yang melanggar perintah Allah akan ditimpa azab yang pedih. Dari itu ulama berpendapat azab yang menimpa mereka adalah kerana meninggalkan perintah wajib. Ayat ini juga menunjukkan asal perintah adalah wajib, kecuali ada qarinah yang memalingkan makna asal tersebut.
Melalui dalil ‘aqliyy pula menurut jumhur sebelum penetapan hukum syarak diketahui melalui pakar bahasa, mereka yang menghina dan memarahi hamba-hambanya yang tidak menurut perintah dikira menderhaka dan meninggalkan kewajipan terhadap dirinya.
Al-Amr asalnya menunjukkan wajib dengan adanya tanda-tanda tertentu, sebagaimana pada surah al-Nur, ayat 56 :
أقيمُوا الصَّلاةَ وآتُوا الزَّكَاةَ
Maksudnya: Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat..
Lafaz أقيمُوا merupakan fi’l al-amr yang bermaksud perintah, tiap-tiap perintah adalah wajib. Maka, sembahyang adalah wajib.

Namun demikian terdapat juga beberapa hukum yang dapat dikeluarkan atau diistinbat daripada sighah-sighah al-amr selain daripada wajib mengikut kesesuaian qarinah yang hadir bersamanya. Antaranya hukum hakiki wajib tadi boleh menjadi sebaliknya dengan adanya qarinah atau petunjuk yang memalingkan makna tersebut kepada sunat, harus, Irshad, Ta’dib, Indar (amaran), ta’jiz (melemahkan atau mencabar), Doa’, Ikram, al-Taskhir, al-Taswiyyah, al-Imtinan, al-Takwin, al-Tafwid, al-Takzib, al-Talhip, al-Iltimas, al-Tamanni, al-Ihanah, dan al-Ihtiqar. (Abdul Latif Muda 1997 : 154-159)
Sighah al-amr juga boleh bermaksud sunat dengan terdapatnya qarinah yang menunjukkan sunat, ini dapat dilihat melalui firman Allah pada surah al-Nur, ayat 33 :
فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا
Maksudnya : Hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuaat demikian)
Ayat di atas telah memalingkan maksud asal hukum tersebut melalui qarinah yang difahami berdasarkan ayat itu sendiri, iaitu selepas fi’l mudari’ diberi pilihan samada untuk menulis atau tidak hutang tersebut, bermakna lafaz ini tidak menunjukkan wajib tetapi hanyalah sunat.
Seterusnya sighah al-amr juga boleh menjadi harus, ini dapat dilihat sebagaimana pada surah al-A’raf ayat 31 :
كُلُوا وَاشْرَبُوا مِنْ رِزْقِ اللَّهِ
Maksudnya: Makanlah dan minumlah daripada rezeki Allah..
Perkataan كُلُوا وَاشْرَبُوا, kedua-duanya adalah perintah dari Allah, tiap-tiap perintah adalah wajib. Maka melalui ayat ini hukum makan dan minum adalah wajib, tetapi oleh kerana makan dan minum adalah urusan keduniaan serta Allah dan Rasul tidak menyatakan banyak atau sedikit malahan tiada paksaan, jadi perintah ini tidak boleh dikatakan wajib. Sesuatu yang tidak wajib berkaitan hal keduniaan dinamakan mubah, iaitu harus makan dan minum. (Abdul Qadir Hassan 1971:29)

Setelah menghuraikan sighah-sighah al-amr dan hukum yang boleh diistinbat daripadanya, beralih pula kepada kedudukan sighah al-amr yang datang selepas tegahan atau pengharaman.

KEDUDUKAN SIGHAH AL-AMR YANG DATANG SELEPAS TEGAHAN ATAU PENGHARAMAN

Dalam menentukan kedudukan hukum berdasarkan sighah al-amr yang datang selepas tegahan atau pengharaman, terdapat tiga pendapat dari kalangan ulama.

i. Menurut pendapat pertama iaitu pendapat al-Shafi’iyy, al-Hanabilah dan sebahagian
al-Malikiyyah pada ‘urf syarak dan kesepakatan ulama, kebiasaannya perintah-perintah yang datang selepas tegahan menunjukkan kepada hukum harus. Contohnya firman Allah pada surah al-Ma’idah ayat 2 :
وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا
Maksudnya : ..tetapi apabila kamu telah menyelesaikan ihram, maka bolehlah kamu berburu..


Ayat ini mengandungi sighah al-amr, iaitu فَاصْطَادُوا. Maka ulama berselisih pendapat dari segi kedudukan sighah ini sama ada membawa maksud harus atau wajib sedangkan ayat sebelumnya menunjukkan pengharaman berburu iaitu, firman Allah pada surah al-Ma’idah ayat 1:

غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنْتُمْ حُرُم
Maksudnya : dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang berihram (haji atau umrah)..

Persepakatan ulama ini menyatakan bahawa perintah berburu menunjukkan keharusan sahaja, dan tidak menunjukkan perintah wajib.



Contoh lain, dapat dilihat melalui firman Allah pada surah al-Jum’ah ayat 10 :

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ
Maksudnya : Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.

Ayat ini merupakan satu ayat yang datangnya selepas pengharaman berjual beli ketika panggilan azan solat Jumaat. Sighah al-amr ini menunjukkan hukum harus mengikut kesepakatan ulama, walaupun datangnya selepas pengharaman berjual beli. Dalam erti kata lain, hukum jual beli menjadi harus selepas selesai solat Jumaat.

Contoh lain juga daripada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
فزوروها تذكركم الآخرة كنت نهيتكم عن زيارة القبور
((رواه المسلم
Maksudnya : Sebelum ini aku menegah kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah
Berdasarkan hadis tersebut, peringkat pertama Nabi menegah sahabat-sahabat menziarahi kubur, selepas itu demi kepentingan umat dan kesedaran, Nabi mengharuskannya.

Pada ‘urf syarak dan kesepakatan ulama, kebiasaanya perintah-perintah (الأوامر) yang datang selepas tegahan adalah dihukumkan harus.

ii. Pendapat kedua pula mengatakan sighah al-amr yang datang selepas tegahan adalah wajib. Pendapat tersebut adalah pendapat al-Hanafiyyah, al-Shafi’iyyah dan al-Malikiyyah. Pendapat ini menyatakan demikian dengan hujah bahawa asal al-amr menunjukkan kepada perintah wajib. Maka ia perlu dikekalkan seperti biasa atau permulaannya. Hujah mereka berdasarkan dalil firman Allah pada surah al-Taubah ayat 5:

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ
Maksudnya : Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang di hormati itu, maka bunuhlah orang-orang musyrik itu dimana sahaja kamu menemui mereka..


Perintah membunuh orang-orang musyrik dalam ayat tersebut adalah selepas diharamkan daripada membunuh mereka dalam bulan-bulan haram dan ia menunjukkan suruhan wajib sebagaimana disepakati oleh para ulama.

Asal perkataan al-amr adalah menunjukkan kepada perintah wajib dan ia perlulah dikekalkan seperti biasa atau permulaanya.

iii. Pendapat ketiga pula adalah pendapat daripada al-Kamal Ibn al-Humam. Pendapatnya menyatakan bahawa ada ketikanya sighah al-amr yang datang selepas tegahan menjadi wajib dan adakalanya menjadi harus. Beliau menggunakan kaedah al-Istiqra’, iaitu meneliti juzuk-juzuk tertentu, kemudian membuat kesimpulan umum daripada pemerhatian itu.

Contoh ayat yang mengekalkan hukum harus selepas datangnya tegahan adalah pada surah al-Ma’idah ayat 2 :
وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا
Maksudnya : Dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu..

Hukum berburu pada mulanya diharuskan, kemudian ditegah pada masa berihram, selepas itu diperintahkan melakukanya setelah selesai berihram.
Menurut sepakat jumhur ulama, ayat tersebut menjelaskan bahawa seseorang yang selesai daripada ihram dengan bertahallul diharuskan berburu. Hukum harus berburu merupakan hukum asal, sebelum ia ditegah.
Contoh ayat yang mengekalkan hukum wajib selepas datangnya tegahan dapat dilihat pada surah al-Taubah ayat 5.
فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ
Maksudnya : Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang di hormati itu, maka bunuhlah orang-orang musyrik itu dimana sahaja kamu menemui mereka..

Hukum membunuh orang-orang musyrik asalnya diharamkan pada bulan-bulan yang dihormati, tetapi apabila berlalunya bulan-bulan tersebut, maka perintah membunuh orang-orang musyrik dikekalkan kepada hukum asal, iaitu wajib.
Seterusnya, dibahaskan pula sighah-sighah al-amr dari sudut pengulangan tuntutan secara terperinci.

KEDUDUKAN SIGHAH AL-AMR DARI SEGI PENGULANGAN TUNTUTAN
Terdapat beberapa perbezaan pendapat antara ulama mengenai kedudukan sighah al-amr dari segi pengulangan tuntutan, iaitu sama ada ia menunjukkan wajib ditunaikan sekali atau berulang kali seperti berikut:

i. Pendapat pertama daripada al-Hanafiyyah, al-Shafi’iyyah dan al-Hanabilah :
al-amr jika tidak dikaitkan dengan sesuatu, ia menunjukkan tuntutan untuk menunaikan perkara yang diperintah itu tidak terikat dengan sekali mahupun berulang-ulang. Ia dilaksanakan sama ada sekali atau beberapa kali, tetapi paling kurang atau minimanya perintah tersebut dilaksanakan sekali. Pendapat ini merupakan pendapat yang lebih tepat.
ii. Pendapat kedua daripada al-Malikiyyah dan al-Shafi’iyyah : al-amr jika ia tidak dikaitkan dengan sesuatu, menunjukkan kepada salah satu daripada keduanya secara khusus iaitu sama ada dilakukan dengan sekali dan mungkin berulang-ulang berdasarkan kepada qarinah yang menentukannya.
iii. Pendapat ketiga pula daripada sebahagian fuqaha’ dan ulama al-kalam seperti al-Asfarayiniyy, al-Shiraziyy dan Ahmad bin Hanbal : al-amr jika dikaitkan dengan sesuatu yang menunjukkan kepada berulang kali, penunaian perkara yang diperintah itu boleh dilakukan berulang-ulang kali seumur hidup dengan syarat perkara yang diperintah itu mampu dilakukan. (Abd Latiff Muda 1997: 160)
Perbezaan pendapat ulama mengenai pengulangan tuntutan melakukan adalah berdasarkan hujah masing-masing. Hujah yang diutarakan oleh al-Hanafiyyah, al-Shafi’iyyah dan al-Hanabilah tidak terikat dengan sekali mahupun berulang-ulang, minimanya adalah sekali. Hal ini kerana tuntutan supaya dilaksanakan berulang-ulang kali bergantung kepada qarinah iaitu al-amr yang berkaitan dengan syarat kepada sesuatu yang diperintahkan. Contoh ayat pada surah al-Ma’idah ayat 6:
إِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُو
Maksudnya : Sesungguhnya sesiapa yang berjunub maka bersucilah
Berdasarkan kepada ayat di atas, lafaz فَاطَّهَّرُوا adalah sighah al-amr yang berbentuk fi’l al-amr yang menunjukkan perintah wajib bersuci apabila berjunub. Lafaz إِن menujukkan syarat supaya bersuci iaitu mandi wajib setiap kali berjunub.
Antara hujah ahli-ahli bahasa Arab bersepakat bahawa al-amr tidak menunjukkan kepada sesuatu melainkan tuntutan pada ‘masa hadapan’. Mereka juga bersepakat bahawa al-amr yang mutlak kadang-kadang menunjukkan kepada berulang-ulang iaitu solat, puasa dan zakat. Kadang kala juga ia menunjukkan kepada sekali seperti haji dengan sebab berkongsi pada tuntutan melaksanakan perbuatan tanpa mengambil kira jumlah bilangan tuntutan. (Mohd Adib bin Samsudin : 2009)
Hujah kedua pula diutarakan oleh al-Malikiyyah dan al-Shafi’iyyah iaitu pengulangan tuntutan boleh jadi sekali dan mungkin berulang-ulang. Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, seperti di bawah,
عن أبي هريرة عن النبي قال يا أيها الناس؛ قد فرض عليكم الحج فحجوا
( ورواه احمد في مسنده )
Maksudnya : Dari Abu Hurairah bahawa Nabi berkata, "Wahai manusia, telah difardhukan ke atas kamu agar melakukan Haji, maka kerjakanlah haji.

Berdasarkan hadis ini, al-Aqra’ bertanya kepada Nabi (s.a.w), adakah haji itu difardhukan pada setiap tahun? Pada ayat di atas, dapat difahami bahawa al-Aqra’ tertanya-tanya bahawa adakah haji perlu dilakukan pada setiap tahun.
Namun Nabi s.a.w tidak memberikan jawapan. Ini menunjukkan bahawa haji perlu dilakukan sekali dan mungkin berulang-ulang kerana keraguan Al-Aqra’ itu. Pertanyaan Al-Aqra’ itu hanyalah untuk memastikan sama ada haji itu dilakukan sekali atau berulang-ulang kali.
Hujah ketiga menurut al-Asfarayiniyy, al-Shiraziyy dan Ahmad bin Hanbal, kedudukan sighah al-amr dari segi pengulangan tuntutan, mengikut pandangan mereka berulang-ulang dengan syarat boleh dilaksanakan. Seperti dalam kes Saidina Abu Bakar dalam memerangi golongan yang enggan membayar zakat. Hal ini menunjukkan al-amr itu berulang-ulang.
Hal ini juga boleh diaplikasikan dalam sighah al-nahy yang menetapkan kepada berulang-ulang sesuatu tuntutan yang ditegah. Ini kerana faktor sepunya kedua-dua lafaz ini adalah dari segi tuntutan (الطلب).

Perselisihan ulama yang telah dibahaskan memberikan kesan dari sudut pengulangan tuntutan. Antaranya, kesan tersebut dapat dilihat pada lafaz طلقي نفسك yang bermaksud ceraikan diri kamu sendiri. (Muhammad Adib Samsudin 2009)
Menurut pendapat pertama dan ketiga, al-amr menunjukkan berulang-ulang. Hal ini bermakna, seorang isteri yang telah diwakilkan oleh suaminya untuk lafaz cerai boleh melafazkan cerai lebih daripada satu sama ada talak satu, talak dua atau talak tiga. Sekiranya isteri melafazkan talak satu, maka jatuhlah talak satu. Jika isteri melafazkan talak secara berulang-ulang sebanyak dua kali, maka jatuhlah talak dua, manakala jika isteri melafazkan talak secara berulang-ulang sebanyak tiga kali, maka jatuhlah talak tiga.

Menurut pendapat kedua pula, al-amr menunjukkan kepada sekali. Hal ini menunjukkan bahawa seorang isteri yang diwakilkan oleh suaminya untuk menceraikan dirinya sendiri boleh melafazkan cerai hanya sekali sahaja. Ini bermakna walaupun isteri melafazkan cerai talak satu secara berulang-ulang, maka tetap jatuh talak satu. Jika isteri melafazkan talak dua, maka jatuh talak dua dan sekiranya isteri melafazkan talak tiga, maka jatuh talak tiga.

Kesan perselisihan yang lain adalah berkaitan dengan sembahyang fardhu dengan sekali tayammum.
Menurut pandangan pertama dan ketiga, boleh sembahyang lebih daripada satu hanya dengan sekali tayammum sahaja.

Menurut pandangan kedua pula hanya satu sembahyang sahaja untuk sekali tayammum. Hal ini bermakna, sekali tayammum hanya untuk satu waktu sembahyang sahaja.

Setelah membincangkan tentang kedudukan bentuk perintah dari segi pengulangan tuntutan berserta pendapat dan hujah-hujah ulama mengenainya, kini dibahaskan pula tentang
دلالة الأمر على الفور أو التراخى.

دلالة الأمر على الفور أو التراخى
Al-Amr kadangkala perlu dilaksanakan pada waktu yang tertentu dan terbatas. Contohnya puasa pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana, puasa tersebut telah ditetapkan oleh Allah waktu pelaksanaannya. Oleh yang demikian, setiap mukallaf wajib menunaikan tuntutan tersebut pada waktu yang telah ditetapkan. (Muhammad Adib Samsudin 2009)
Selain itu, al-amr kadangkala boleh dilakukan pada pada tempoh masa yang lebih panjang. Contohnya dalam perkara yang berkaitan dengan haji. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa haji wajib dilakukan oleh setiap mukallaf. Namun begitu, mereka mestilah berkemampuan dan boleh dilakukan pada masa yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu pada bulan Zulhijjah.
Jika al-amr itu secara mutlak, maka ia tidak dikaitkan dengan kedua-dua tempoh tersebut iaitu sama ada dengan kadar segera atau lambat. Keadaan ini telah menyebabkan ahli usul berselisih pendapat. Pendapat pertama mengatakan bahawa al-amr itu mesti disegerakan. Manakala pendapat kedua pula mengatakan al-amr boleh dilewatkan dan pendapat ketiga pula menyatakan bahawa al-amr boleh disegerakan atau dilewatkan.

Berdasarkan hujah di atas, wujud perselisihan berkaitan dengan pelaksanaan haji iaitu :
i. Pendapat pertama diutarakan oleh Malikiyy dan Hanbaliyy, haji mesti ditunaikan segera. Pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada firman Allah pada surah al-Baqarah ayat 196 :
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

ii. Menurut pendapat Hanafiyy dan Shafi’iyy pula haji boleh dilewatkan. Pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Nabi. Berdasarkan kepada sirah Nabi, haji telah mula difardhukan pada tahun ke-6 Hijrah. Namun begitu, Nabi tidak menunaikan haji pada tahun tersebut tetapi baginda menunaikan haji pada tahun ke-10 Hijrah. Tindakan baginda ini turut dilakukan oleh para sahabat. Tindakan Nabi ini menunjukkan bahawa haji wajib ditunaikan, tetapi tidak dibataskan dengan waktu yang tertentu. (Wahbah al-Zuhayliyy 1986 : 232)



KESIMPULAN

Kesimpulannya, sighah-sighah al-amr terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu sighah bentuk fi’l al-amr, sighah fi’l al-mudari’ yang digandingkan dengan huruf ‘lam’, sighah bentuk ayat khabariyyah tetapi bermaksud insha’iyyah dan sighah bentuk masdar iaitu kata terbitan yang menggantikan fi’l al-amr. Selain itu, melalui kaedah pengistinbatan hukum, sighah al-amr juga merupakan asas pengeluaran sesuatu hukum sama ada wajib, sunat, harus, irshad, ta’dib (adab), indar (amaran) serta ta’jiz (melemahkan). Terdapat juga perselisihan dalam kalangan ulama yang berselisihan pendapat terhadap kedudukan sighah al-amr yang datang selepas tegahan atau pengharaman dan juga kedudukan sighah al-amr dari segi pengulangan tuntutan. Terdapat juga perselisihan bahawa al-amr mesti ditunaikan segera atau boleh dilewatkan.

Friday, November 6, 2009

“ AL- MANTUQ WA AL- MAFHUM AL- MUWAFAQAH ”

PENGENALAN

Menurut jumhur ulama Usul Fiqh, ayat-ayat Al-Qur’an dan Sunnah Nabi S.a.w. dilihat dari segi penunjukkan ( dalalah ) terhadap hukum yang terbahagi kepada dua iaitu mantuq dan mafhum.
Penunjukan lafaz kepada makna adakalanya berdasarkan kepada mantuq ( tersurat ) perkataan yang diucapkan, sama ada ucapan itu secara tegas atau pun berkemungkinan mempunyai makna yang lain. Adakalanya, penunjukkan Boldlafaz berdasarkan pada mafhum ( tersirat ) atau yang difahami ( daripada lafaz itu ) sama ada hukumnya sesuai dengan hukum mantuq ataupun bertentangan. Inilah yang dinamakan dengan mantuq dan mafhum.

DEFINISI AL-MANTUQ
Maksud al- mantuq dari segi bahasa ialah hukum yang ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri. ( A. Hanafie t.th: 82 ) Manakala dari segi istilah pula ialah makna yang ditunjukkan oleh lafaz pada tempat cakapan ( tersurat ), yang terdapat hukumnya secara nyata. ( Abi Umar al-Husaini 1999: 153 ) Selain itu, al- mantuq juga boleh didefinisikan sebagai setiap yang ditunjukkan oleh lafaz berkaitan dengan perkara yang dibicarakan. Dalalah al- mantuq juga dikenali dengan dalalah al-manzum (دلالة المنظوم ), iaitu tunjukan sesuatu kata. ( Muhammad Fuad Muhammad Suwari 2005: 365 )

Dalam konteks lain, al- mantuq merangkumi dalalah al-ibarah, al-isharah, dalalah al-nas dan al-iqtida’ yang digunakan serta dijelaskan oleh ulama mazhab Hanafi. Di antara contoh penggunaan al- mantuq seperti firman Allah s.w.t:
3 ¨@ymr&ur ª!$# yìø‹t7ø9$# tP§�ymur (#4qt/Ìh�9$#
Maksudnya: “ Pada hal Allah telah menghalalkan jual beli ( berniaga ) dan mengharamkan riba.”
( Al- Baqarah 1: 275 )
Ayat di atas menunjukkan dalalah yang dapat difahami adalah jual beli itu hukumnya halal dan riba itu hukumnya haram.
Firman Allah s.w.t yang lain:
Ÿxsù @à)s? !$yJçl°; 7e$é& Ÿwur $yJèdö�pk÷]s? @è%ur $yJßg©9 Zwöqs% $VJƒÌ�Ÿ2

( Al- Isra’17: 23 )
Maksudnya: “ Janganlah engkau mengatakan keduanya ( ibu bapa ) perkataan “ ah ” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.”

Nas ini menunjukkan secara jelas ke atas larangan mengatakan “ah” terhadap ibu bapa.

Begitu juga, firman Allah s.w.t:
ãNà6ç6Í´¯»t/u‘ur ÓÉL»©9$# ’Îû Nà2Í‘qàfãm `ÏiB ãNä3ͬ!$|¡ÎpS ÓÉL»©9$# OçFù=yzyŠ £`ÎgÎ/
Maksudnya: “ Dan anak- anak perempuan ( anak tiri ) yang dalam peliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri
( An- Nisa’4:23 )

Nas ini juga menunjukkan ke atas haramnya mengahwini anak perempuan dari isteri ( anak tiri ) yang telah dicampuri. ( Muhammad Fuad Muhammad Suwari 2005: 371 )


PEMBAHAGIAN AL-MANTUQ
Al- mantuq dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Al- Sarih ( )الصريح )
2. Ghayr al- Sarih ( غير الصريح )
Al- Sarih ( الصريح )
Al- sarih atau dalalah al-manzum (دلالة المنظوم ), ialah makna yang ditunjukkan oleh lafaz pada tempat yang dicakapkan itu jelas. Ini kerana setiap yang menunjukkan lafaz selaras penggunaannya terhadap makna yang sebenarnya dan sempurna dalalah al-mutabaqah ( دلالة المطابقة ) atau setiap yang menunjukkan lafaz terhadap sebahagian atau setengah daripada penggunaan makna yang dikehendaki dalalah al-tadammun ( دلالة التضمن ). ( Al- Zuhaily 1986: 360 )
Ghayr Al- Sarih ( غير الصريح )
Manakala ghayr Al- sarih atau dalalah ghayr al-manzum ( دلالة غير المنظوم ) ialah makna yang ditunjukkan oleh lafaz pada tempat yang dicakapkan itu tidak jelas iaitu bukan melalui salah satu daripada dua dalalah tersebut dalalah al-mutabaqah dan dalalah al-tadammun. Lafaz ghayr al- sarih dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:



1) Al-Iqtida’ ( الإقتضاء )
Iaitu kebenaran atau kesahihan sesuatu mantuq terletak kepada suatu takdiran dan ia dikehendaki oleh yang bercakap. Ia juga merupakan suatu lafaz yang menunjukkan terhadap sesuatu yang tidak disebut, yang kebenaran pembicaraannya adalah terikat kepada sesuatu yang tidak disebut itu atau takdirnya, sama ada kebenaran itu menurut syarak atau akal. (Al- Zuhaily 1986: 360 )
Antara contohnya:

a. Kebenaran menurut akal sebagaimana firman Allah s.w.t:

È@t«ó™ur sptƒö�s)ø9$# ÓÉL©9$# $¨Zà2 $pkŽÏù
Maksudnya: “ Dan bertanyalah kepada negeri ( Mesir ) yang kami telah tinggal padanya.”

( Al- Yusof 12: 82 )

Nas ini menunjukan isharah bertanya kepada negeri. Ia suatu perkara yang tidak dapat diterima akal, kerana negeri tidak dapat menjawab pertanyaan. Justeru, ia seharusnya ditakdirkan dengan suatu yang tidak disebutkan, iaitu penduduk. Oleh yang demikian, maksud ayat di atas ialah tanyalah penduduk kampung tersebut.

2) Al-Ima’ ( الإيماء )
Iaitu dalalah sesuatu lafaz atau ungkapan melalui qarinah sama ada lafziyyah atau ma’nawiyyah yang menunjukkan kepada makna yang tidak jelas. Ia juga dinamakan dengan dalalah al-tanbih ( دلالة التنبيه ).



Antara contohnya ialah firman Allah s.w.t:
ä-Í‘$¡¡9$#ur èps%Í‘$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ‰÷ƒr&
Maksudnya: “ Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka.”
( Al- Maidah 5: 38 )

Ayat di atas menunjukkan melalui qarinah huruf al-fa’, maka dapat difahami bahawa sifat mencuri itu menjadi ‘illah kepada hukum potong tangan ( qarinah lafziyyah ).


3) Al-Isharah ( الإشارة )
Iaitu sesuatu lafaz menunjukkan kepada sesuatu yang tidak dimaksudkan daripada perbicaraan, namun begitu ia merupakan kelaziman atau kemestian daripada perbicaraan itu. Contohnya:

žw yy$uZã_ ö/ä3ø‹n=tæ bÎ) ãLäêø)¯=sÛ uä!$|¡ÏiY9$# $tB öNs9 £`èdq�¡yJs? ÷rr& (#qàÊÌ�øÿs? £`ßgs9 ZpŸÒƒÌ�sù
Maksudnya: “ Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) Dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka.”
( Al- Baqarah 2: 236 )

Ayat tersebut menjelaskan boleh menceraikan isteri sebelum disetubuhi dan sebelum ditetapkan mas kahwin untuknya. Namun begitu, suatu kelaziman daripada hukum tersebut ialah akad nikah dikira sah, walaupun tidak disebutkan mas kahwin semasa akad. Hal itu kerana, talak dikira berlaku selepas ada akad nikah yang sah. Seterusnya, sah akad nikah yang tidak disebut mas kahwin semasa akad merupakan dalalah al- isharah daripada ayat tersebut. ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 364 )


Firman Allah s.w.t juga:
$uZøŠ¢¹urur z`»|¡SM}$# Ïm÷ƒy‰Ï9ºuqÎ/ $•Z»|¡ômÎ) ( çm÷Fn=uHxq ¼çm•Bé& $\dö�ä. çm÷Gyè|Êurur $\dö�ä. ( ¼çmè=÷Hxqur ¼çmè=»|ÁÏùur tbqèW»n=rO #•�öky­

Maksudnya: “ Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
( Al- Ahqaaf 46: 15 )


Firman Allah s.w.t dalam surah lain:

     •            
Maksudnya: “ Dan Kami perintahkan kepada manusia ( agar berbuat baik ) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada aku kembalimu. "
( Lukman 31: 14 )


Ayat pertama menjelaskan bahawa tempoh mengandung dan menceraikan susu ialah dalam masa tiga puluh bulan. Manakala ayat yang kedua menerangkan tempoh menyusukan anak dalam usia dua tahun. Gabungan kedua- dua ayat ini, maka difahami secara isharah bahawa masa minima mengandung ialah enam bulan, hasil daripada penolakan di antara tempoh mengandung beserta menceraikan susu dengan tempoh menyusukan anak.

Sebagaimana yang dapat difahami, perkaitan di antara al-mantuq dan mafhum al-muwafaqah akan wujud apabila terdapatnya percanggahan seperti dalam ayat membunuh ibu bapa yang diqiyaskan pada perkataan ‘ah’, maka ia lebih-lebih lagi tidak boleh dilakukan. Menurut pandangan yang rajih dari imam Syafi’e ia adalah al-Qiyas al-Jaliyy. (Al-Shaukani 2000: 590)

MAFHUM

Definisi Al-Mafhum
Menurut pendapat majoriti ulama usul mazhab al-Shafiyy dan Mutakallimin yang merupakan pendapat lebih rajih terdapat empat bentuk atau jenis dalalah yang digunakan serta dijelaskan oleh ulama mazhab Hanafi tersebut iaitu al-‘ibarah, al-isharah, dalalah al-nass dan al-iqtida’. Semua ini termasuk dalam kategori dalalah al-mantuq atau didasarkan kepada lafaz, kecuali dalalah al-nass yang termasuk kategori dalalah al-mafhum. Namun terdapat sesetengah ulama mengatakan dalalah al-nass itu juga termasuk dalam kategori dalalah al-mantuq atau diambil daripada lafaz. Alasannya kerana ia juga merupakan lafaz pengertian yang difahami menurut bahasa.( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 368 )
Sesuatu yang perlu disedari di sini, kesemua dalalah al-mantuq tersebut adalah berbeza daripada dalalah al-mafhum, iaitu mafhum al-mukhalafah yang diterima pakai oleh ulama mazhab al-Shafiyy juga Mutakallimin, sebaliknya ia ditinggal oleh ulama mazhab Hanafi kerana mereka hanya menerima dalalah al-mantuq dan mafhum al-muwafaqah ( dalalah al-nass ) sahaja. ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 368 )
Manakala pada istilah ialah apa yang ditunjuki ke atas lafaz yang disebut pada tempat cakapan. Diibaratkan juga iaitu menunjukkan lafaz berkaitan hukum sesuatu yang tidak disebutkan dalam ucapan atau menetapkan hukum dengan apa yang disebutkan kepada yang tidak disebutkan. ( Al- Zuhaily 1986: 361 )
Ini bermakna sesungguhnya lafaz yang menunjukkan ke atas hukum iaitu setiap yang difahami dari mantuqnya sama seperti yang disebut dalam takrif mantuq sendiri atau menunjukkan mafhumnya adalah melalui setiap yang tidak disebutkan. ( Abi ‘Umar al-Husaini bin ‘Umar bin Abdul Rahim bin Hasan 1999M- 1420H: 156 )
Pembahagian al-Mafhum
Ulama yang membahagikan dengan tidak memasukkan dalalah al-nass dalam dalalah al-mantuq membahagikan dalalah al-mafhum itu kepada dua bahagian, iaitu mafhum al-muwafaqah dan mafhum al-mukhalafah. ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 369 ). Dalam skop ini kami hanya mahu memperincikan bahagian mafhum al-muwafaqah.
Mafhum al-muwafaqah bermaksud sesuatu yang ditunjuk ke atas hukum itu selari dengan hukum mantuq. ( Muhammad Fuad Muhammad Suwari 2005: 372 ) Dalam erti kata lain, sesuatu yang tidak disebut sama hukumnya dengan setiap yang disebut. Ini kerana terdapat perkongsian di antara keduanya dari sudut ‘illah atau sebab hukum yang dapat difahami melalui kaedah bahasa. ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 369 )
Mafhum al-muwafaqah menurut ulama mazhab Hanafi ia dinamakan dengan dalalah al-nass. Sedangkan menurut ulama mazhab al-Shafiyy dikenali dengan al-qiyas al-jaliyy. Kedudukan bagi mafhum al-muwafaqah dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu sekiranya sesuatu yang tidak disebut itu lebih utama mendapat hukum daripada yang disebut. Ia dikenali dengan nama fahwa al-khitab. Sekiranya sesuatu yang tidak disebut sama hukumnya dengan yang disebut, maka ia dinamakan lahn al-khitab.
Tingkatan Mafhum al-Muwafaqah
Kedudukan dan tingkatan mafhum al-muwafaqah dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu:
1) Mafhum al-awla( مفهوم الأولى ) : Iaitu sesuatu yang tidak disebut itu lebih utama mendapat hukum daripada apa yang disebut. ( Abi ‘Umar wa al-Husaini bin ‘Umar bin Abdul Rahim bin Hasan 1999M- 1420H: 156 )
Mafhum al-muwafaqah yang demikian juga dikenali dengan nama fahwa al-khitab (فحوى الخطاب) ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 369 )
Contohnya seperti firman Allah s.w.t. dalam ayat berikut:
      … 
Terjemahan: “ Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’.”
( al-Israa’ 17: 23 )

Mantuq dalam ayat tersebut menjelaskan hukum haram mengatakan ucapan ‘ah’ kepada ibu bapa. Manakala mafhum al-muwafaqah menunjukkan haram memukul mereka, bahkan ia lebih utama diharamkan. ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 369 ) Jikalau ucapan ‘ah’ yang begitu kecil tidak boleh kita tujukan kepada ibu bapa maka sudah tentu ‘memukul’ yang dianggap lebih besar perbuatannya itu lebih patut tidak boleh dilakukannya.( Muhammad Fuad Muhammad Suwari 2005: 111 )
Justeru itu, haram memukul ibu bapa tidak ditunjukkan dalam ayat tersebut, namun ia ditunjuki melalui mafhum, iaitu apa yang tidak disebutkan, tetapi difahami daripada lafaz.
2) Mafhum al- musawi( مفهوم المساوى ) : Iaitu sesuatu yang tidak disebut itu sama kedudukannya dengan setiap yang disebutkan untuk mendapatkan hukum. ( Abi ‘Umar al-Husaini bin ‘Umar bin Abdul Rahim
bin Hasan 1999M- 1420H: 157 )
Mafhum al-muwafaqah juga dikenali dengan lahn al-khitab ( لحن الخطاب ) . ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 370 ). Contohnya, haram membakar harta anak yatim adalah mafhum daripada firman Allah s.w.t dalam ayat berikut:

•              
Maksudnya: “ Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”
(an-Nisaa’ 4: 10 )

Ayat tersebut menjelaskan dan menunjukkan bahawa memakan harta anak yatim haram hukumnya. Walaubagaimanapun, hukum memusnahkannya tidak dinyatakan dalam ayat. Justeru itu, mafhum al-muwafaqah menunjukkan hukum merosakkan atau membakarnya juga haram, yang mana ia sama dengan memakannya. Terdapat persamaan di antara kedua-dua perbuatan itu iaitu membinasakan. ( Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin 2001: 370 )





KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat difahami bahawa al-mantuq dari segi bahasa adalah sesuatu yang di tunjukkan oleh lafaz pada saat diucapkan. Manakala al-mantuq dari segi istilah pula adalah penunjukan lafaz terhadap sesuatu hukum yang disebutkan dalam pembicaraan ( lafaz ). Al-mantuq boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu al- sarih ( الصريح ) dan ghayr al- sarih ( غير الصريح ).
Manakala al-mafhum pula adalah penunjukan lafaz yang tidak diucapkan atau yang tidak disebutkan. al-mafhum terbahagi kepada dua bahagian iaitu mafhum al-muwafaqah dan mafhum al-mukhalafah. Manakala setiap pembahagian al-mafhum pula dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk.
Kesemua pembahagian di atas adalah penting dalam ilmu usul fiqh, kerana dalam rangka usaha memahami Islam secara keseluruhan, keilmuan dan pengetahuan yang luas amat diperlukan. Al-Qur’an dan al-Hadith sebagai sumber utama yang mengandungi sejuta makna yang harus kita fahami. Tanpa ilmu usul fiqh kita tidak dapat memahami sesuatu nas dengan baik dan sempurna.





BIBLIOGRAFI

  • A. Hanafie M.A. T.t. Usul fiqh. Indonesi: Dosen Institut Agama Islam Negeri Jogja. Jakarta.
  • Ab Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin. 2001. Perbahasan usul al-ahkam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
  • Abdul Kadir Hasan. T.t. Usul fiqh. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
  • Abi ‘Umar al-Husaini bin ‘Umar bin Abdul Rahim bin Hasan. 1999M- 1420H. Al-madkhal al-usuliyyah li al-istinbat min al-sunnah al-nabawiyyah. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiah. Tib’ah al-‘Ula.
  • Muhammad Fuad Muhammad Suwari. 2005. Al- Madkhal ila dirasatil usul al- fiqh al- islamiyy. Malaysia: Al- Jamaatul al- Islamiyyatul al- Alamiah.
  • Muhammad bin Ali As-Shaukani. 2000. Irshad al-fukhul ila tahqiq al-haq min ilmu al-usul. Beirut: Darul Isbnu Kathir. Tib’ah al-‘Ula.
  • Wahbah Zuhaily. 1986. Usul al-fiqh al-islamiyy. Damsyik: Darul Fikr.